SEARCH

12 Filem 2018: Senarai Filem-Filem Pilihan Sepanjang Jan-Dis 2018

12 Filem 2018: Senarai Filem-Filem Pilihan Sepanjang Jan-Dis 2018

FILEM 2018 BY STAIL.MY INTRO

Tahun 2017 mula melabuhkan tirai. Kalau kamu perasan, tahun ini dipenuhi dengan filem-filem adaptasi (contoh ‘Victoria & Abdul‘) dan lambakan filem-filem yang berkonsepkan adiwira dan aksi (‘Kingsman 2‘ dan ‘Justice League‘).

Tidak ketingglan filem-filem seram seperti ‘Pengabdi Setan‘ dan ‘Annabelle‘. Juga filem komedi seperti ‘Jumanji 2018‘ dan ‘Baywatch‘ yang sedikit sebanyak mencorak warna dan menempa rasa untuk 2017.

Jika artikel sebelum ini, saya kumpulkan 10 filem Disney 2018, untuk artikel kali ini saya senaraikan pula 12 filem 2018 – dari Januari hingga Disember – dari yang seram hingga komedi, seperti berikut:

 

Insidious: The Last Key

FILEM 2018 BY STAIL.MY 1

Tayangan: 5 Januari 2018
Genre: Seram/Hantu

Dr. Elise Rainier kembali membantu sebuah keluarga yang diganggu makhluk halus di New Mexico. Kebetulan rumah yang diganggu itu adalah bekas rumahnya, yang seterusnya membawa dia merungkai misteri, jauh ke dalam memori sewaktu kecil.

 

Early Man

FILEM 2018 BY STAIL.MY 2

Tayangan: 16 Februari 2018
Genre: Animasi/komedi

Animasi komedi kisah manusia purba. Sewaktu dunia masih lagi dihuni oleh gajah mamot dan harimau salju bertaring, “Early Man” berkisah tentang pengembaraan lelaki pra-sejarah bernama Dug bersama teman baik, Hognob (seekor babi), yang menyatukan kaum mereka dalam menentang ancaman pencerobohan awal manusia zaman gangsa.

Ready Player One
FILEM 2018 BY STAIL.MY 3

Tayangan: 5 Mac 2018
Genre: Sains Fiksyen

Jika tadi “Early Man” bertema zaman awal tamadun manusia, “Ready Player One” pula membawa kita ke tamadun manusia masa hadapan. Bagaimana agaknya kehidupan di zaman akan datang, ya? Filem sci-fi ini memberi kita kemungkinan gambaran cara hidup mereka. Boleh jadi ya, boleh jadi tidak. Terserah kamu mahu percaya atau tak.

 

The New Mutants

FILEM 2018 BY STAIL.MY 4

Tayangan: 13 April 2018
Genre: Getir/Aksi

Masih ingat “Logan”? “The New Mutants” adalah cerita permulaan generasi mutan baru. Tidak seperti instalasi-instalasi X-Men yang lain, “The New Mutants” bukan dalam konsep komik, melainkan lebih dibawa bernada gelap. Mutan-mutan baru ini tidak memakai kostum adiwira seperti mutan-mutan terdahulu.

 

Slender Man

FILEM 2018 BY STAIL.MY 5

Tayangan: 18 Mei 2018
Genre: Seram/Hantu

“Slender Man” berceritakan tentang lembaga tanpa wajah, tinggi lampai dengan lengan yang panjang. Sosok misteri ini bertanggungjawab atas banyak kehilangan anak-anak kecil dan juga remaja. “Slender Man” adalah filem adaptasi dari permainan komputer beberapa tahun yang lalu, yang bagi saya agak terlambat dikeluarkan di panggung wayang.

 

Jurassic World: Fallen Kingdom

FILEM 2018 BY STAIL.MY 6

Tayangan: 22 Jun 2018
Genre: Sains Fiksyen/Aksi

Empat tahun setelah kemusnahan taman tema “Jurassic World” (2015). Owen (Chris Pratt) dan Claire Dearing (Bryce Dallas Howard) kembali ke pulau Nublar untuk menyelamatkan saki baki dinosaur dari letusan gunung berapi. Kemudian mereka secara tidak sengaja terjumpa spesis dinosaur gergasi baru dan konspirasi yang boleh mengancam dunia.

 

The Purge: The Island

FILEM 2018 BY STAIL.MY 7

Tayangan: 4 Julai 2018
Genre: Getir/Bunuh

Kesinambungan keempat filem francais ‘The Purge’. Ia memberi fokus pada peristiwa selepas pilihanraya, di mana pada 12 jam berikutnya, semua jenis, tahap dan peringkat jenayah adalah sah dan dibenarkan. Saksikan The Purge yang paling brutal sekali setakat ini.

 

The Predator

FILEM 2018 BY STAIL.MY 8

Tayangan: 3 Ogos 2018
Genre: Sains Fiksyen

Ketika sepasukan tentera Amerika dalam sesi menyelamat tentera Perikatan di hutan Amerika Selatan, Major Dutch Schaefer dan pasukannya secara tidak sengaja bertembung dengan makhluk asing ganas yang kebetulan turut berada di hutan terpencil tersebut. “The Predator” (2018) adalah filem remake “Predator” (1987) lakonan Arnold Schwarzenegger.

 

Halloween 2018

FILEM 2018 BY STAIL.MY 7

Tayangan: 19 Oktober 2018
Genre: Getir/Hantu

Jamie Lee Curtis kembali melakonkan watak Laurie Strode. Buat kali terakhir dia kembali mendepani Michael Myers – pembunuh bersiri misteri yang muncul sewaktu Halloween – untuk menyelesaikan konflik yang membelenggu dirinya sejak 40 tahun yang lalu.

 

X-MEN: Dark Phoenix

FILEM 2018 BY STAIL.MY 8

Tayangan: 2 November
Genre: Adiwira

Mystique, Beast, Storm dan Nightcrawler serta ahli-ahli X-Men yang lain bertungkus-lumus menyelamatkan Jean Grey (Sophie Turner) yang bangkit dan lahir semula dari abu kematian sebagai sang ‘Phoenix’.

 

Fantastic Beasts 2

FILEM 2018 BY STAIL.MY 9

Tayangan: 16 November 2018
Genre: Fantasi

Sekuel bermula di Paris era 1920-an, sebaik sahaja penangkapan Gellert Grindelwald (Johnny Depp) di penghujung “Fantastic Beasts” (2016). Eddie Redmayne kembali sebagai Newt Scamander dan Albus Dumbledore (Jude Law) bersama menggembleng tenaga menangkap ahli sihir jahat yang satu ini.

 

Aquaman

FILEM 2018 BY STAIL.MY 10

Tayangan: 21 Disember 2018
Genre: Adiwira

Akhir sekali, “Aquaman” (2018). Putera kepada Dewa Atlan yang menguasai kerajaan bawah laut yang bernama Atlantis ini memiliki status sebagai separa manusia dan separa dewa. Lalu membuatkan Aquaman terperangkap di antara pengistiharan perang oleh kaumnya, Atlantean terhadap kaum manusia yang sering mencemar lautan.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE