SEARCH

12 Filem 2019: Senarai Filem-Filem Pilihan Sepanjang Jan-Dis 2019

12 Filem 2019: Senarai Filem-Filem Pilihan Sepanjang Jan-Dis 2019

Tahun 2018 sudah pun menyaksikan banyak filem Hollywood pecah panggung sepanjang tahun ini. Untuk 2019 juga tidak kurang hebatnya. Filem 2019 menyaksikan sekuel-sekuel yang bakal menemui penonton, tidak ketinggalan juga filem animasi ciptaan semula yang tidak boleh kamu lepaskan seperti ‘Dumbo’ dan ‘The Lion King 2019’, antaranya.

Nampaknya, 2019 adalah tahun yang besar juga untuk industri perfileman Hollywood, jadi tanda kalendar kamu dan siapkan dompet kemas untuk ke panggung wayang kerana saya bakal senaraikan 12 Filem 2019 – dari Januari hingga Disember – dari yang seram hingga komedi, seperti berikut:

Glass

Tayangan: 18 Januari 2019
Genre: Sains Fiksyen

M Night Shyamalan kembali mengarah filem adiwira unik, kali ini James McAvoy dari ‘Split’ bergandingan bersama Bruce Willis dan Samuel L. Jackson untuk menjadi supervillain terbaru yang membuka tirai 2019. ‘Glass’ menjadi lebih menarik dengan kehadiran Sarah Paulson, saya rasakan vibe ‘American Horror Story’ pasti kuat di dalam filem ini.

 

Isn’t It Romantic

Tayangan: 14 Februari 2019
Genre: Komedi / Romantis

Apa kata untuk bulan cinta, kamu tonton filem arahan Todd Strauss-Schulson ini yang menampilkan si gempal lucu, Rebel Wilson sebagai watak utama. Memegang watak sebagai Natalie – arkitek muda dari Australia yang menetap di New York – dia terperangkap dan harus melalui banyak babak jatuh cinta yang klise supaya kembali sedar ke dunia realiti.

 

Captain Marvel

Tayangan: 8 Mac 2019
Genre: Aksi / Adiwira

Kita semua sudah sedia maklum hanya Captain Marvel yang mampu menewaskan Thanos. Ini cerita permulaan tentang adiwira feminis yang ditunggu-tunggu. Bagaimana Carol Danvers (Brie Larson) mendapat kuasa dan melawan seiring mentornya, Mar-vell (Jude Law). Filem ini bersangkut paut dengan Avenger 4: Endgame (ditayangkan hanya sebulan selepas itu pada April 2019).

 

Avengers 4: Endgame

Tayangan: 16 April 2019
Genre: Aksi / Adiwira

Tidak banyak yang diketahui tentang ‘Avengers 4’ kerana Disney dan Marvel bekerja keras dalam melindungi jalan cerita dan plot filem ini. Apa yang kita boleh tahu dari menonton trailer – the original superheroes seperti Black Widow, Hawkeye, Captain America, Thor, Iron Man dan Hulk bersama Ant-man, Rocket Raccoon, War Machine dan Nebula, bersiap sedia untuk menghadapi Thanos sebelum semua berubah menjadi debu.

 

Detective Pikachu

Tayangan: 10 May 2019
Genre: Komedi

Jujurnya, saya paling menantikan filem ini. Membesar dengan menonton Pokemon, siapa yang tidak mahu melihat Pikachu yang disuara oleh the one and only, the amazing Ryan Reynolds? Itu sahaja sudah meletak markah yang tinggi untuk kamu menonton filem animasi pertama gandingan timur dan barat, The Pokemon Company (Jepun) bersama Warner Bros Pictures (US) ini. Saya agak filem ini pasti memecah panggung dan paling kurang memecah tawa sesiapa yang bakal menontonnya.

 

Dark Phoenix

Tayangan:  7 Jun 2019
Genre: Adiwira

Mystique, Beast, Storm dan Nightcrawler serta ahli-ahli X-Men yang lain kembali bertungkus-lumus menyelamatkan Jean Grey (Sophie Turner) yang bangkit dan lahir semula dari abu kematian sebagai sang ‘Phoenix’. Jalan cerita lebih gelap.

 

The Lion King

Tayangan:  19 Julai 2019
Genre: Animasi

Filem animasi ciptaan semula yang paling dinanti-nanti semua orang, terutama the 90’s kids! The Lion King 2019 disuarakan oleh Donald Glover sebagai Simba dan Queen Bey sebagai Nala. Kita belum mengetahui sama ada The Lion King yang baru ini animasi buatan-semua dengan jalan cerita yang sama atau animasi baru dengan jalan cerita yang diubah sepenuhnya. Yang pasti, iklan acahnya sahaja sudah cukup memukau sesiapa sahaja.

Lihat juga 8 perbandingan babak filem The lion King yang lama & yang baru ini

 

The New Mutans

Tayangan: 2 Ogos 2019
Genre: Aksi / Getir

Masih ingat ‘Logan’ (2017)? ‘The New Mutans’ adalah cerita permulan generasi mutan baru. Tidak seperti instalasi-instalasi X-Men yang lain, ‘The New Mutans’ bukan diarahkan dalam konsep komik, melainkan lebih dibawa bernada gelap. Mutan-mutan baru ini tidak memakai kostum adiwira seperti mutan-mutan terdahulu. Ia kisah 5 mutan muda dalam kembara melepaskan diri dari makmal rahsia kerajaan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

 

IT: Chapter 2

Tayangan: 6 September 2019
Genre: Seram

Dua puluh tujuh tahun kemudian, ahli-ahli the loser club sudah dewasa dan memulakan kehidupan baru masing-masing, tetapi satu panggilan telefon memanggil mereka kembali ke kampung halaman, Derry untuk berhadapan dengan hantu badut ganas, Pennywise (Bill Skarsgard) dan menewaskannya sekali lagi untuk selama-lamanya. Ia kesinambungan dari IT (2017) pertama.

 

JOKER

Tayangan: 4 Oktober 2019
Genre: Aksi / Adiwira

Joaquin Phoenix membintangi filem ini sebagai Joker. Ia kisah awal watak badut penjahat dan musuh sukar mati, Batman ini. Nampaknya Joaquin selesa memegang watak ini dan saya rasakan aura dia sangat sesuai untuk watak tersebut. Ayuh kita lihat mampukah dia mengambil alih tempat mendiang Heath Ledger sebagai Joker terbaik setelah Jared Leto gagal sebagai Joker di ‘Suicide Squad’ (2016).

 

Frozen 2

Tayangan: 1 November 2019
Genre: Animasi

Jalan cerita masih lagi belum diketahui. Frozen pertama memecah rekod sebagai filem animasi tertinggi kutipan, kita tunggu apakah ia masih mampu memecah rekod ini berbanding The Lion King 2019 nanti.

 

Jumanji 2

Tayangan: 13 Disember 2019
Genre: Komedi / Aksi

Kesinambungan daripada ‘Jumanji: Back to The Jungle’ (2017). Dwayne ‘Rock’ Johnson masih lagi memegang tampuk utama bersama Jack Black dan Kevin Hart sebagai watak lucu yang digemari ramai. Tajuk rasmi, plot dan jalan cerita masih lagi belum didedahkan.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE