SEARCH

12 QUOTES & MOMEN PALING MEMBEKAS DI SIDANG DEBAT PRESIDENSI US KE-45

12 QUOTES & MOMEN PALING MEMBEKAS DI SIDANG DEBAT PRESIDENSI US KE-45

Malam Isnin lalu (Selasa waktu Malaysia), wakil Democratic Party, Hillary Clinton (68) seorang ibu, nenek dan bekas Setiausaha Rasmi US bertemu seorang usahawan dan jutawan berpengaruh wakil dari Republican Party, Donald Trump (70) di Sidang Debat Presidensi ke-45 yang berlangsung penuh tegang di Hofstra University, New York.

Kedua-dua calon bertikam lidah berkenaan polisi dan hala tuju Amerika Syarikat di bawah pentadbiran masing-masing sekiranya menang seperti isu keselamatan dalaman dan sibermaya, ancaman pengganas ISIS, akta kawalan senjata, pelan keluarga dan pelan cukai.

Sidang debat semakin panas apabila Hillary dan Trump masing-masing menyerang kelemahan kempen pihak lawan. Hillary membangkitkan isu perkauman dan cukai yang disorok oleh perniagaan Trump, sementara Trump membalas paku keras bertanyakan soal isu kontroversi ribuan emel yang dipadam Hillary semasa dia menyandang jawatan Setiausaha Rasmi US.

Sepanjang debat, Trump dilihat banyak menyampuk dan lebih teragak-agak dalam membalas hujah, sementara Hillary pula membentangkan hujah seperti membaca skrip, yang juga sempat dilecehkan Trump (mungkin mahu mengalih perhatian?). Trump juga turut melemparkan hujah berbaur seksis dengan menyatakan Hillary tidak mempunyai stamina yang mencukupi untuk menyandang jawatan utama ini. Namun Hillary tidak hilang fokus dan membalas hujah dengan tenang. Hillary terlihat lebih cemerlang sepanjang sesi perdebatan.

Sekiranya menang, Hillary Clinton bakal mencatat sejarah sebagai Presiden Wanita Pertama Amerika. Trump yang sebelum ini berkempen secara kontroversi dan selalu bersifat perkauman dijangka sukar memenangi jawatan paling tertinggi dalam pentadbiran Amerika Syarikat dan paling berkuasa di dunia ini. Namun dalam arena politik, segalanya mungkin bukan?

Berikut momen-momen yang bakal membekas dalam lipatan sejarah Presidensi Amerika Syarikat dan 12 kutipan quotes yang paling diingati keluar dari mulut kedua-dua calon;

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE