SEARCH

15 Seni Lukisan Dinding Di Hin Bus Depot Yang Menangkap Perhatian Untuk #inSTAILgramWorthy Kamu

15 Seni Lukisan Dinding Di Hin Bus Depot Yang Menangkap Perhatian Untuk #inSTAILgramWorthy Kamu
Hin Bus Depot Art Centre intro pic stail.my
Hin Bus Depot Art Centre

Hin Bus Depot Art Centre (2014) terlahir sebelum dimiliki oleh Hin Company Ltd, syarikat pengangkutan yang menyediakan perkhidmatan ‘bas biru’ untuk kegunaan rakyat Pulau Pinang hingga akhir era 1990-an.

Tapak asal premis seni ini ialah sebuah terminal bas yang dibina pada 1947. Setelah perkhidmatan Hin bus berakhir pada 1999, terminal bas ini dibiarkan begitu sahaja. Setelah beberapa tahun, ia bertukar tangan kepada pemilik baru.

Dia (nama dirahsiakan) menukar terminal bas terbiar ini menjadi sebuah pusat sehenti untuk kegiatan-kegiatan seni seperti yang boleh kita lihat hari ini.

Namun pada awalnya, idea bagi premis seni ini datang daripada ekpresi seorang artis graffiti dari Lithuania yang bernama Ernest Zacharevic.

Ernest Zacharevic ialah artisan yang sangat terkenal dengan melukis mural atau seni dinding tentang budaya dan masyarakat Pulau Pinang di seluruh bandar George Town, sempena George Town Festival 2012 berlangsung.

Hasil kerja seni Ernest itu berjaya menangkap perhatian pemilik baru Hin Bus Depot dan menjemputnya bagi mengadakan pameran seni sulung yang bertajuk “Art is Rubbish is Art” (2014).

Tanpa terduga, pameran ini menjadi titik pertama dan mendapat sambutan hangat masyarakat dan penggiat-penggiat seni tempatan sehinggalah ia bercambah menjadi Hin Bus Depot Art Centre.

Berikut saya titipkan 15 lukisan seni dinding, juga instalasi seni di Hin Bus Depot Art Centre yang menangkap perhatian dan sangat sesuai untuk #inSTAILgramWorthy kamu.

Art is Rubbish is Art (2014)

Ernest Zacharevic
Lithuania

Memadukan teknik-teknik seni halus dengan minat yang mendalam bagi mencipta sebuah seni lukisan dinding yang menakjubkan. Pada mata umum, Ernest ‘Zack’ Zackharevic seorang pelukis mural yang pandai melatari bandaraya moden dengan lukisan-lukisan kontemporari dan kebudayaan.

 

Zodiac (2015)

Thomas Powell
England

Siswa lepasan jurusan seni dari Loughborough University, Thomas dilahirkan pada 1985 di United Kingdom. Ketika menjalani projek-projek seni di universiti, Thomas menemukan minatnya dalam bidang seni lukisan.

 

Urban Xchange (2015)

Sabek
Sepanyol

Tidak banyak informasi yang diperolehi daripada pelukis yang satu ini. Cuma yang pasti dia adalah pelukis seni jalanan yang berasal dari Madrid, Sepanyol.

 

Urban Xchange (2015)

Jesus Moreno
Sepanyol

Juga dari Sepanyol, Jesus Moreno pula lebih kepada lukisan-lukisan yang berasaskan geometri, warna dan bentuk serta hubungan antara ketiga-tiga elemen tersebut.

 

Urban Xchange (2015)

RONE
Australia

Terkenal dengan lukisan-lukisan mural surealis. Selalunya melukis wajah Jane Doe, watak khayalannya. Rone melukis di ruang-ruang yang hampir punah bagi membuktikan kecantikan yang terlindung disebalik cela itu.

 

Different Strokes (2015)

Nafir
Iran

Berasal dari Tehran, Nafir dipengaruhi oleh budaya dan seni Parsi. Dia memanggil dirinya ‘pelukis berontak’ yang melukis tentang masalah sosial yang terjadi di Iran dan sekitar dunia. Nafir aktif dalam lukisan grafiti sejak 2008, melawan kerajaan Iran yang ketat dengan undang-udang tapisan.

 

Different Strokes (2015)

Martin Whatson
Norway

Mula melukis mural pada 2006, Martin mengadakan variasi pameran seni, luar dan dalam Norway sampai ke hari ini. Dikenali sebagai artisan pensil dari Norway.

 

EYA (2017)

The Sliz
Malaysia

Graduan lepasan senibina, dia mengambil keputusan untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang artisan sepenuh masa. Matanya tajam pada perincian dan perkadaran, tetapi dalam pada masa sama menerima mentah dan ketidaksempurnaan.

 

The Lost Chilhood (2015)

Low Chee Peng
Malaysia

Tukang arca berbakat dari negara kita. Buat masa ini Low Chee Peng adalah seorang artisan sepenuh masa dan hasil kerja seninya banyak melibatkan arca batu, besi dan kayu. Dalam siri seni #BSeries ini, Low mengekpresi impak teknologi terhadap memori zaman kanak-kanak.

 

My Other Half (2017)

Caryn Koh
Malaysia

Memiliki latar belakang dalam bidang perubatan, Caryn Koh menjumpai minat yang lain yakni dalam bidang seni.

 

Truth (2017)

Caryn Koh
Malaysia

Caryn juga terkenal dengan #sekolahseries, ilustrasi pelajar perempuan dalam garis-garis pensil warna yang ringkas, memakai baju seragam sekolah, di mana ia simbolis kepada kekangan yang terpaksa ditempuhi oleh setiap penyarungnya.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE