SEARCH

15 Soalan Bersama GNASH Di Belakang Pentas Good Vibes Festival 2017

15 Soalan Bersama GNASH Di Belakang Pentas Good Vibes Festival 2017

Good Vibes Festival 2017 baru sahaja melabuh tirai pada Ahad, tanggal 13 Ogos yang lalu. Saya bertuah kerana dapat bertemu bual bersama seorang DJ, penulis lagu dan rapper merangkap artis milenial kelahiran Los Angeles yang sangat terkenal dengan lagu “I Hate You, I Love You” – Garrett Charles Nash (24) atau lebih dikenali dengan panggilan GNASH di belakang pentas secara eksklusif.

1 – PERTAMA, BAGAIMANA KAMU MENGETAHUI KAMU MEMINATI MUZIK?

Bermula di usia yang sangat muda. Saya tahu saya punya minat mendalam terhadap muzik namun saya tidak tahu sebesar mana kapasiti dan kemampuan saya waktu itu.

Bermula sebagai DJ, saya senang meluahkan ekpresi diri saya. Seterusnya, saya mula bermain muzik bersama teman-teman dalam sebuah kugiran. Sepanjang kuliah di universiti, kami semakin aktif membikin dan mengeksprerimentasi muzik.

2 – PADA TINGKAT UMUR BERAPAKAH KAMU MULA BERMAIN MUZIK?

Saya mula bermain muzik dan membuat lagu sendiri sewaktu berusia 16-17 tahun. Kemudian saya mula melakukan muzik gaya Gnash kira-kira beberapa tahun yang lepas ketika saya berusia antara 20-21 tahun.

3 – LAGU PERTAMA YANG KAMU HASILKAN?

Don’t think I don’t think about you”.

Lagu ini sangat ringkas dan berjiwa muda. Saya hasilkan bersama teman baik saya. Akhirnya saya beri lagu ini kepada G-Eazy untuk dimuatkan ke dalam albumnya, “When It’s Dark Out”.

4 –  INPIRASI KAMU KETIKA MENULIS LAGU?

Hanya bergantung pada perasaan dan emosi. Bagaimana saya merasa dan bagaimana orang sekitar membuat saya merasa. Perkara yang dilakukan dan kesan terhadap saya.

5 – PENGARUH MUZIK GNASH?

Boleh dikatakan muzik saya dipengaruhi oleh ‘Jack Johnson’, ‘Death Cab For Cutie’ dan ‘John Lennon’.

Saya gemar mendengar muzik yang dihasilkan mereka dan saya suka cara mereka mempersembahkan diri. Saya suka cara mereka menulis lagu dan saya mahu menulis lagu seperti mereka.

6 – PERNAH TERFIKIR SEKETIKA BERADA DI TEMPAT KAMU SEKARANG PADA USIA YANG CUKUP MUDA ?

Tidak tetapi saya tahu saya mahu lakukan sesuatu dengan muzik. Jadi inilah hasilnya. Saya sangat bersyukur ke hadrat Ilahi. Saya tidak pernah terfikir mampu untuk melangsungkan jelajah muzik Asia ini. No idea on how I manage to do all this cool things in Malaysia.

 7 – PADA USIA 25 TAHUN, APAkah YANG KAMU mahu diri kamu KECAPI?

Satu soalan yang bagus. Saya mahu bermain bola keranjang dalam liga NBA. Tidak… hanya bercanda (ketawa). Saya mahu mencuba badan seni yang lain. Ataupun hanya mahu membuat orang-orang tertawa. Sentiasa bangga dengan hasil kerja saya dan terus belajar dari pengalaman hidup dalam apa bentuk cara.

8 – GEMBIRA BAGI KAMU?

Melihat senyuman seseorang.

9 –  KETAKUTAN ABADI KAMU?

Kehilangan insan tersayang.

10 – BAGAIMANA MAHU MERASA KEHADIRAN ‘GOOD VIBES’ DALAM KEHIDUPAN?

Bernafas dengan sempurna. Meditasi. Jangan biarkan stres menguasai diri. Tell yourself you’re gonna be ok.

11 – KATA-KATA SEMANGAT BUAT MEREKA YANG SEDANG MENGHIDAPI KEMURUNGAN?

Kamu akan berjaya mengharunginya. Saya tahu apa yang kamu lalui sekarang ini sangat berat, tetapi percayalah ia sudah mahu menghilang. It’ll be ok.

12 –  PERKARA PERTAMA YANG MENANGKAP PERHATIAN KAMU KETIKA BERADA DI MALAYSIA?

Malar hijau. Pokok-pokok hijau yang sangat cantik.

13 – PROFIL TWITTER KAMU DIBERI NAMA – “NAP ENTHUSIAST”. KENAPA?

Ia selari dengan muzik saya (sleeping music) dan saya selalu tertidur (ketawa).

14 – CADANGKAN KUNCI KEPADA KEHIDUPAN YANG LEBIH SEMPURNA?

Saya harap saya punya kunci itu! (ketawa). Saya rasa kita hanya perlu lakukan perkara-perkara yang membuat kamu bahagia dan tinggalkan perkara-perkara yang membuat kamu sengsara.

15 – MALAYSIA DALAM TIGA PATAH PERKATAAN

GOOD VIBES FESTIVAL (2017)

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE