SEARCH

#1Follower1Ringgit ELLA Untuk Pelarian Palestin & Syria

#1Follower1Ringgit ELLA Untuk Pelarian Palestin & Syria

Kedamaian Kemanusiaan Berhad (KKB) julung kalinya berkolaborasi bersama Ratu Rock Negara, ELLA melancarkan kempen #1follower1ringgit untuk mengutip dana yang akan disalurkan kepada mangsa perang dan pelarian Palestin dan Syria di Lubnan.

Lubnan mempunyai jumlah pelarian per kapita tertinggi di dunia. Dianggarkan kira-kira 1.5 juta pelarian Syria dan hampir 285,000 pelarian Palestin (berjumlah lebih dari seperempat penduduk asal Lubnan) berada di Lubnan. Ini memberi tekanan yang luar biasa, menjejaskan keseimbangan demografi negara dan mengancam serta memberi kesan kepada kestabilan politik Lubnan sendiri.

Konflik yang berterusan di Palestin dan Syria, menyumbang kepada penambahan jumlah pelarian setiap tahun, menjejaskan sektor makanan dan pertanian Lubnan, sekaligus menjadi penyebab mengapa lebih banyak dana diperlukan untuk keberlangsungan hidup mereka. Menurut data yang diperolehi dari Jabatan Hal Ehwal Kemanusiaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 70% pelarian Syria menghadapi masalah kekurangan bekalan makanan, di samping 95% pelarian Palestin mengalami masalah yang sama.

Status pendidkan dan kesihatan turut terjejas teruk di mana menurut Jabatan Pendidikan Lubnan, hanya 2,709 pelarian Syria dan 867 pelarian Palestin mampu mendaftar di pendidikan menengah awam dan hanya sebahagian dapat meneruskan pengajian ke tahap yang lebih tinggi. Pelarian Palestin dan Syria juga sering mengalami masalah perubatan yang kompleks termasuk kecederaan fizikal dan trauma psikologi.

PBB melaporkan 74% pelarian wanita tidak menerima sebarang rawatan selepas bersalin. Antara penyakit paling lazim di kalangan pelarian adalah penyakit kulit, masalah pencernaan dan pernafasan serta gangguan mental dan psikiatri yang berkaitan dengan trauma pasca perang. Terdapat juga di kalangan mereka yang mempunyai keadaan kesihatan kronik termasuk hipertensi, diabetes dan kanser.

ella misi pelarian palestin dan syria

Bagi memastikan bantuan berterusan dapat diberikan kepada pelarian di sana, KKB berbesar hati atas kesudian ELLA untuk menjadi ikon kemanusiaan bagi menjayakan kempen #1follower1ringgit ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EllaAminuddin (@ellaaminuddin) on

Sasaran #1follower1ringgit adalah bagi mengutip dana sebanyak RM300,000 hingga RM500,000 bagi menampung keperluan pendidikan, kesihatan, makanan dan kewangan pelarian. Sebahagian aktiviti kempen termasuk mengadakan lawatan ke beberapa kem penempatan pelarian untuk melihat sendiri keadaan hidup mereka bersama ikon kempen kemanusiaan ini, ELLA dan suami, Kapten Azhar.

Mereka berdua akan melawat beberapa keluarga untuk mendengar kisah cabaran hidup mereka sebagai pelarian, lawatan ke sekolah-sekolaj dan menyertai program pengagihan bantuan makanan di beberapa buah kem antara, Beqaa, Aakar dan Beirut.

#1follower1ringgit bermula dari sekarang sehingga sepanjang bulan Ramadan 1440H (2019) bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia, khususnya peminat untuk ikut serta menyumbang bersama ELLA dan Kapten Azhar. Layari www.kkb4u.org untuk maklumat lanjut.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE