SEARCH

2 Pemuzik Genius Di Belakang Tabir Stranger Things 2

2 Pemuzik Genius Di Belakang Tabir Stranger Things 2

Satu perkara yang membuatkan Stranger Things unik ialah bagaimana ia berjaya menyampaikan perasaan yang membuatkan kamu berasa seperti berada di era 80-an.

Namun sebenarnya runut muzik lah yang banyak memainkan peranan bagi penonton terus merasa dan menonton drama seram Sci-fi yang aneh ini.

Musim pertama menyajikan skor muzik yang sangat bagus. Khabar baiknya, musim kedua juga masih lagi bertahan dengan piawaian itu. Semua ini berkat pemuzik yang bernama Kyle Dixon dan Michael Stein.

Kyle dan Michael adalah ahli kumpulan SURVIVE, kugiran gelombang elektro berasal dari Austin, Texas.

Bersama dua lagi ahli kumpulan Adam Jones dan Mark Donica, mereka berempat menghasilkan muzik yang berasaskan alat sintesis (Synthesizer) sejak 2009.

Duo-elektro ini didekati oleh adik beradik Duffer (pemilik cipta ‘Stanger Things’) lama sebelum pihak produksi menyiapkan skrip dan pemilihan pelakon-pelakon utama lagi.

Kemudian, barulah Kyle dan Michael menggubah skor muzik dan mencipta runut muzik serta tema muzik pembuka ‘Stranger Things’ yang ikonik dan menggetarkan ini.

Tiada siapa yang menyangka ia bakal terpatri menjadi salah satu fenomena dalam budaya pop. Saya beri contoh “American Horror Story” atau teledrama “Friends”, pembuka muziknya diingati dan dikenali penonton. Kalau industri tempatan, bilang sahaja “Gerak Khas” pasti kamu sudah mengenal pasti pembuka muzik drama kepolisan yang terkenal ini.

Kyle dan Michael juga turut memenangi anugerah “Muzik Tema Terbaik” untuk ‘Stranger Things’ pada Anugerah Emmy 2017 yang lalu.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE