SEARCH

21 Lagu Terbaik Siti Nurhaliza Yang Dilupakan

21 Lagu Terbaik Siti Nurhaliza Yang Dilupakan
Siti Nurhaliza Collage by STAIL.MY
Antara album-album studio dan live yang pernah diterbitkan sepanjang 20 tahun pembabitan Siti sebagai penghibur.

Sepanjang 20 tahun pembabitannya dalam industri muzik tempatan, Siti Nurhaliza sudah menghasilkan 16 album solo dan dua album duet (Seri Balas bersama Noraniza Idris dan CTKD bersama Krisdayanti). Dan sepanjang 20 tahun ini juga bermacam melodi yang sudah dia persembahkan pada kita semua. Daripada Pop ke Irama Tradisi sehingga elemen-elemen R&B serta Padang pasir yang diselitkan dalam lagu-lagunya.

Trak-trak malar segar seperti Jerat Percintaan, Aku Cinta Padamu, Purnama Merindu, Percayalah dan Cindai pasti akan sentiasa di fikiran kita semua pabila disoal tentang trak kegemaran. Namun dalam pada itu ada banyak juga lagu yang pernah menjadi hit tetapi dilupakan. Tak kurang juga trak-trak filler yang sebenarnya punya potensi besar tidak diketengahkan.

Kami menjejak kembali lagu-lagu rakaman penghibur ini yang dirasakan cukup bagus tetapi semakin dilupakan atau tidak pernah diperdengarkan kecuali jika anda pemilik album-albumnya. 20 trak hebat kami senaraikan dan mengapa trak-trak ini dipilih? Mari kita sama-sama lihat dan baca.

 

1- BISAKAH (2006)
Album: Transkripsi
Komposer: Aubrey Suwito
Lirik: Tesh RS

Lagu ini antara balada ciptaan Aubrey Suwito yang sungguh sempurna sekali penciptaannya. Lagu ini pernah menjadi hit tetapi hanya sekejap sahaja perhatian diberikan. Siti juga jarang mempersembahkan trak ini dalam konsert-konsertnya. Bisakah pernah memasuki separuh akhir muzik-muzik namun gagal ke final Juara Lagu.

2- USAH DIRAGUI (1997)
Album: Siti Nurhaliza II
Komposer: Zul Mahat
Lirik: Habsah Hassan

Ini antara all time favorite saya. Trak ini cukup mellow dan menyentuh. Penulisan lirik Habsah Hassan cukup baik dalam trak ini. Kisah tentang wanita yang setia dalam cinta biar jauh masa meninggalkan perhubungan yang dijalin. Bait “Kumasih jua seperti dulu, kitaran waktu tak merubah hatiku padamu” dilantun penuh emosi oleh Siti.

3- SITI SITU SANA SINI (2006)
Album: Transkripsi
Komposer: Damien Mikael & Lah Ahmad
Lirik: Cham VE

Trak paling groove yang pernah dirakam oleh Siti. Lagu ini begitu catchy sekali sekali dan cukup fun untuk dilayan. Suara Siti sebetulnya sedap dalam penyampaian trak-trak begini namun dia sangat kurang merakam lagu-lagu yang punya feel R&B begini mungkin atas faktor imej serta corak persembahan pentas agaknya membataskan Siti merakam trak groove sebegini.

4- KU MENUNGGU (2004)
Album: Prasasti Seni
Komposer: Aidit Alfian
Lirik: Habsah Hassan

Ini antara trak yang saya boleh dengar bila-bila masa pun. Lagu ciptaan Aidit Alfian ini cukup lembut sekali dan vokal Siti cukup merdu dalam penyampaiannya. Sedap didengar namun saya kira jika dibikin dalam versi live harus diubah sedikit susunan muziknya bagi menambah klimaks pada trak ini.

5- BULAN YANG MESRA (2008)
Album: Lentera Timur
Komposer: Zubir Ali
Lirik: Khairil Johari Johar

Sebuah trak melankolik daripada album Lentera Timur. Siti pernah membawakan lagu ini dalam konsert Satu di Istana Budaya dan masih kekal di ingatan saya betapa merdu dan lembutnya vokal Siti dalam menyampaikan trak ciptaan Zubir Ali ini. Antara lagu yang saya kira patut mendapat airplay di radio.

siti nurhaliza & hafiz stailmy
Hafiz antara penyanyi lelaki yang pernah berduet bersama Siti menerusi trak Muara Hati.

 

6- TANPAMU DUET KRISDAYANTI (2009)
Album: CTKD
Komposer: Charly ST12
Lirik: Charly ST12

CTKD antara album yang paling saya kurang minat. Bunyian dalam album ini agak bising dan sentuhan Pop Audi Mok kedengaran terlalu mencuba untuk menjadikan Siti berbeza. Namun saya tidak nafikan trak Amarah dan Jika Kau Tak Datang adalah lagu yang bagus cuma bukan untuk Siti. Walau bagaimanapun ada satu trak duet yang sungguh powerful dalam album ini berjudul Tanpamu. Gabungan dua vokalis ini menyatu begitu baik sekali dan saat mendengarkan trak ini saya percaya ia mampu menjadi hit namun sebaliknya.

7- DI SINI KU BERJANJI (2003)
Album: E.M.A.S
Komposer: Azmeer
Lirik: Senibayan

Saya jarang sukakan balada ciptaan Azmeer seperti Nian Di Hati contohnya. Namun ada sesuatu yang berbeza dalam trak Di Sini Ku Berjanji ini. Transisi verse ke korus sehingga penghujungnya disusun begitu dramatik sekali seperti alunan runut bunyi untuk sebuah cerita. Fokus vokal Siti seperti biasa begitu hebat dalam memberi justifikasi pada trak ini.

8- SEKIAN LAMA (2007)
Album: Hadiah Daripada Hati
Komposer: Azlan Abu Hassan
Lirik: Azalea

Lagu ini antara personal favorite saya yang saya boleh dengar pada bila-bila masa sekalipun. Susunan string trak ini cukup indah. Siti menyanyikan trak ini dengan cukup sederhana dan tidak melebih-lebih – sesedap dan secukup rasa. Sepanjang 30 konsertnya Siti hanya pernah menyanyikan sekali sahaja trak ini ketika Konsert Where The Heart Is.

9 – LEMBARAN CINTA PUDAR (1999)
Album: Pancawarna
Komposer: Salman
Lirik: Habsah Hassan

Salah satu alasan mengapa trak ini menjadi pilihan adalah kerana penulisan Habsah Hassan yang bijak bercerita dalam lagu. Walaupun sajak pembukaannya agak geli sikit tapi quite something jugalah trak ini. Saya sukakan juga korus lagu ini yang menjual hebatnya lontaran vokal Siti nan luar biasa sekali feel nya.

10 – BERADU DI KHAYALAN (2001)
Album: Safa
Komposer: Aubrey Suwito
Lirik: Tisya

Antara trak terbaik dalam album Safa yang sehingga hari ini dan yang paling merdu dipersembahkan oleh Siti. Lagu ini menjadikan Siti lari sedikit daripada balada meleleh yang semacam Purnama Merindu dan Kesilapanku Keegoanmu. Lagu-lagu begini lebih menyerlahkan vokal Siti tanpa dia perlu terlalu berusaha melantun nota-nota tinggi.

 

adiwarna - stailmy11- COBA UNTUK MENGERTI (2006)
Album: Transkripsi
Komposer: Tengku Shafik
Lirik: Tengku Shafik

12- KEMBALIKAN INDAH (2004)
Album: Prasasti Seni
Komposer: Helen Yap
Lirik: Siti Nurhaliza / Slen

13- RASA ANTARA KITA (2008)
Album: Lantera Timur
Komposer: Zubir Ali
Lirik: Khairil Johari Johar

14- MULA DAN AKHIR (2014)
Album: Fragmen
Komposer: Awi Rafael
Lirik: Tinta S

safa stailmy15- CINTAMU (2007)
Album: Hadiah Daripada Hati
Komposer: Sharon Paul
Lirik: Fedtri Yahya

16- TIRAI SEMALAM (1997)
Album: Siti Nurhaliza II
Komposer: Fauzi Marzuki
Lirik: S. Amin Sahab

17- SALJU KASIHNYA (1999)
Album: Pancawarna
Komposer: Adnan Abu Hassan
Lirik: Hani MJ

18- TAK RELA BERPISAH DARIMU (1998)
Album: Adiwarna
Komposer: Adnan Abu Hassan
Lirik: Hani MJ

fragmen - stailmy19- SATU CINTA DUA JIWA (1998)
Album: Adiwarna
Komposer: Azlan Abu Hassan
Lirik: Ucu

20- ANTARA USIA DAN WAKTU (1996)
Album: Siti Nurhaliza I
Komposer Adnan Abu Hassan
Lirik: Hani MJ

21- KURIK KUNDI (2002)
Album: Sanggar Mustika
Komposer: Pak Ngah
Lirik: Nurul Asyiqin

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE