SEARCH

#PUAS Lee Seung Gi di 2019 ASIA FANMEETING In KUALA LUMPUR

#PUAS Lee Seung Gi di 2019 ASIA FANMEETING <VAGABOND VOYAGE> In KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur dipilih sebagai destinasi terakhir jelajah fan meeting penyanyi, pelakon juga pengacara popular Korea Selatan, Lee Seung Gi ini sudah pastinya menjadi antara memori paling istimewa buat peminat jejaka ini di Malaysia. 2019 ASIA FANMEETING <VAGABOND VOYAGE> In KUALA LUMPUR ini berlangsung amat meriah bukan sekadar acara soal jawab dan aktiviti mainan, malah nyanyian merdu Lee Seung Gi membuatkan peminat yang hadir tidak senang duduk bagai menikmati konsert!

2019 ASIA FANMEETING <VAGABOND VOYAGE> In KUALA LUMPUR

Dewan PGRM Kuala Lumpur yang dipenuhi hampir 2000 peminat di Malaysia ini rata-rata berpuas hati dengan persembahan dan fan service yang ditampilkan oleh Lee Seung Gi. Peminat yang digelar Airens (fandom) ini bertambah terharu apabila mereka berpeluang untuk merai artis kegemaran mereka ini bersempena dengan ulang tahun ke-15 nya dalam industri hiburan Korea Selatan.

2019 ASIA FANMEETING <VAGABOND VOYAGE> In KUALA LUMPUR

2019 ASIA FANMEETING <VAGABOND VOYAGE> In KUALA LUMPUR

Bukan itu sahaja, Lee Seung Gi sendiri menyatakan rasa rindunya yang teramat pada peminat di Malaysia selepas kali terakhir dia berkunjung sekitar tujuh tahun yang lalu. Persembahan pembuka malam itu dimulakan dengan dendangan lagu ‘Because You’re My Woman’. Seung Gi membuatkan seluruh dewan terkedu fokus mendengar vokal lantangnyai.

2019 ASIA FANMEETING In KUALA LUMPUR

Malam itu, Lee Seung Gi membuktikan pada Airens, bukan sahaja dia pakar dalam lakonan, nyanyian serta pengacaraan, dia juga berkongsi bakat memasaknya. Sememangnya kita semua tahu, Lee Seung Gi memang pakar memasak menerusi rancangan realitinya 1 Day 2 Nights. Lee Seung Gi sempat membuat popia basah untuk diberikan kepada peminat bertuah pada malam itu.

2019 ASIA FANMEETING <VAGABOND VOYAGE> In KUALA LUMPUR

2019 ASIA FANMEETING In KUALA LUMPUR

Ini adalah antara fan meeting terbaik yang pernah kami hadir. Ini kerana Lee Seung Gi tidak melepaskan peluang untuk turun pentas dan menyapa peminatnya yang hadir daripada barisan hadapan hinggalah ke barisan paling belakang. Ramai yang tidak menyangka artis kesayangan mereka ini akan turun bertemu peminat. Walaupun keadaan agak tidak keruan pada ketika itu, namun para Airens harus diberikan pujian kerana mereka masih tahu mengawal diri dan memastikan Lee Seung Gi berada di dalam keadaan selamat.

2019 ASIA FANMEETING <VAGABOND VOYAGE> In KUALA LUMPUR

Buat kamu yang tidak mengenali Lee Seung Gi, mungkin boleh mula menonton drama-dramanya di Netflix. Antaranya, Vagabond yang digandingkan bersama heroin hebat Bae Suzy. Ini adalah antara drama Korea di Netflix yang boleh kami katakan berkelas tinggi. Aksi lawan penuh bergaya lakonan Lee Seung Gi sememangnya tidak menghampakan.

2019 LEE SEUNG GI ASIA FANMEETING <VAGABOND VOYAGE> in KUALA LUMPUR ini telah dibawakan khas oleh penganjur IMC Live Global, HOOK Entertainment dan APPLEWOOD.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE