SEARCH

Yang Menarik Bulan Ini: Jelajah 2019 Lee Seung Gi Asia Fan Meeting Bakal Singgah ke Malaysia!

Yang Menarik Bulan Ini: Jelajah 2019 Lee Seung Gi Asia Fan Meeting <Vagabond Voyage> Bakal Singgah ke Malaysia!

Buat pertama kalinya, aktor, penyanyi juga hos TV popular Korea Selatan, Lee Seung Gi, bakal menjejakkan kaki ke Malaysia untuk bertemu peminatnya pada 30 November ini. Bukan itu sahaja, jelajah yang diberi nama 2019 Lee Seung Gi Asia Fan Meeting <Vagabond Voyage> ini amat bermakna sekali kerana ia jelajah yang meraikan ulang tahun kariernya yang ke-15 sepanjang berada di dalam industri hiburan ini.

Telah melawat peminatnya di Jepun, Taiwan dan Filipina, baru-baru ini Seung Gi turut melawat peminat di Thailand juga Singapura. Ternyata sambutan yang amat menggalakkan serta peminat ternyata puas hati dengan jelajah penyanyi ini.

2019 Lee Seung Gi Asia Fan Meeting <Vagabond Voyage>

Sekitar fan meeting di Thailand

2019 Lee Seung Gi Asia Fan Meeting <Vagabond Voyage>

Sekitar fan meeting di Thailand

2019 Lee Seung Gi Asia Fan Meeting <Vagabond Voyage>

Sekitar fan meeting di Thailand

Mengapa jelajah ini dinamakan Vagabond Voyage?

Mengambil inspirasi daripada drama paling barunya yang berjudul Vagabond (ditayangkan di Netflix juga), Seung Gi memegang watak Cha Dal Gun bersama heroin Bae Suzy. Ia drama genre aksi penyiasatan yang wajib kamu tonton di Netflix!

Apa yang kamu harus jangkakan di jelajah fan meeting ini nanti?

Haaa… pelbagai kejutan menarik bakal dipersembahkan oleh hero Korea Selatan ini antaranya nyanyian suara lunak merdunya, lakonan mantap serta pertunjukan skil hebatnya yang membuatkan kami semakin tidak sabar untuk bertemu jejaka kacak ini.

2019 Lee Seung Gi Asia Fan Meeting <Vagabond Voyage>

Sekitar fan meeting di Singapura

2019 Lee Seung Gi Asia Fan Meeting <Vagabond Voyage>

Sekitar fan meeting di Singapura

Jelajah yang dibawa khas oleh organisasi IMC Live Global ini turut diserikan lagi dengan sesi hi-touch (sesi tepuk tangan hi five dengan Seung Gi) eksklusif buat semua yang membeli tiket di barisan VIP serta pemegang-pemegang tiket terpilih. Bukan itu sahaja, buat kamu yang bertiket VIP, Seung Gi turut menyediakan hadiah istimewa dan 100 peminat bertuah pula bakal membawa bersama poster yang telah ditandatangani Seung Gi.

Masih sempat untuk kamu membeli tiketnya! Ajak kawan dan teman-teman yang gilakan K-Drama untuk sama-sama mencipta memori bersama aktor Lee Seung Gi ini. Di bawah kami sertakan perincian jelajah fan meeting buat kamu yang berminat:

2019 Lee Seung Gi Asia Fan Meeting <Vagabond Voyage>

2019 Lee Seung Gi Asia Fan Meeting <Vagabond Voyage>

 

Tarikh              : 30 November 2019 (Sabtu)

Masa               : 7 malam

Tempat            : Star Convention Centre, Menara PGRM, Kuala Lumpur

Tiket                : RM598, RM498, RM398, RM298 (Tidak termasuk yuran tempahan RM8)

Tiket mula dijual pada 24 Ogos yang lalu di AirAsia RedTix. Manakala pelanggan Astro pula berpeluang menyertai pra-jualan pada 21 dan 22 Ogos yang lalu. Sehingga hari ini, IMC Live Global masih membuka jualan tiket yang telah bermula dari 23 Ogos yang lalu.

Cepat-cepat dapatkan tiket dan jangan lepaskan peluang untuk bertemu Lee Seung Gi!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE