SEARCH

24 Pelawak + 12 Artis Berentap di Muzikal Lawak Superstar!

24 Pelawak + 12 Artis Berentap di Muzikal Lawak Superstar!

Menggandingkan 14 kumpulan yang terdiri daripada 24 pelawak bersama 12 artis dari pelbagai cabang industri hiburan seperti pelakon, penyanyi dan personaliti popular, Muzikal Lawak Superstar bakal bersiaran selama 10 minggu di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Rancangan realiti berunsur muzikal komedi ini akan dikemudi oleh dua nama sensasi dalam industri dan mereka adalah pelakon dan pengacara popular, Nabil Ahmad dan Nabila Huda. Manakala komposer, Shah Nizam Abdul Halim atau lebih dikenali dengan Shah (Slam) akan bertindak sebagai pengarah muzik.

 24 Pelawak + 12 Artis Berentap di Muzikal Lawak Superstar 1

10 TRIVIA MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR

1 –  Inspirasi dari ‘Minggu Tema Muzikal’ di program ‘Maharaja Lawak Mega’. Terdiri dari 14 kumpulan yang mana setiap kumpulan akan diwakili oleh dua orang pelawak dan seorang pelakon / penyanyi / selebriti popular (tiga peserta untuk setiap kumpulan).

2 – Rancangan yang berkonsepkan komedi muzikal ini bakal menyaksikan gabungan sulung pengacara popular tanah air Nabil Ahmad dan pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di ‘Festival Filem Malaysia ke-30’, Nabila Huda.

3 – Keunikan Muzikal Lawak Superstar adalah dari aspek konsepnya, di mana setiap kumpulan akan diberikan 3-5 minit untuk melakukan persembahan sketsa komedi dan muzikal berdasarkan situasi dan lokasi (kampung, hospital, sekolah dan lain-lain) yang berbeza setiap minggu.

4 – Persembahan-persembahan yang dibawa oleh peserta semestinya mencuit hati penonton, tambahan lagi dengan kehadiran lebih artis-artis jemputan lain sebagai pendamping istimewa di minggu ke-8. Siapakah mereka? Nantikan kelak.

5 – Setiap kumpulan akan dinilai dan dikritik oleh tiga juri profesional merangkap juri tetap iaitu Datuk Awie, Nora Danish dan Altimet pada setiap akhir persembahan dengan pemberian markah mewakili peruntukan peratusan sebanyak 50% kepada setiap satu kumpulan.

24 Pelawak + 12 Artis Berentap di Muzikal Lawak Superstar! 2

6 – Baki 50% pemarkahan lagi akan ditentukan oleh penonton menerusi undian SMS (MLS <Jarak> Nama Kumpulan) atau undian secara pukal (MLS3/MLS5/MLS10/MLS20 <jarak> Nama Kumpulan) dan hantarkan ke 32777.

7 – Penonton di rumah juga boleh mengundi secara atas talian dengan melayari www.muzikallawaksuperstar.gempak.com. Kumpulan dengan jumlah markah tercorot pada minggu tersebut akan disingkirkan.

8 – Penjurian markah ditentukan menerusi tahap kreativiti di sketsa komedi, kreativiti lirik dan dialog, lakonan dan persembahan pentas serta nyanyian yang dipersembahkan. Konsep ‘Star’ juga akan diguna sebagai salah satu cara pengiraan markah dan pemberian ‘Star’ ini eksklusif untuk juri profesional sahaja.

9 – Manakala setiap minggu, tiga kumpulan terendah akan dikenakan denda di mana pada minggu seterusnya, satu ‘lagu denda’ akan diumumkan dan diberikan kepada setiap kumpulan terendah itu.

10 – Cabarannya, mereka dikehendaki menyelitkan dan menyesuaikan ‘lagu denda’ tersebut dengan situasi lokasi yang telah ditetapkan pada minggu seterusnya. Peserta perlu berfikiran lebih kreatif dan inovatif untuk memenangi hati juri profesional dan juri awam.

24 Pelawak + 12 Artis Berentap di Muzikal Lawak Superstar! 3

Muzikal Lawak Superstar bakal dipancarkan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) pada setiap hari Jumaat, 9.00 malam mulai 28 Jun 2019.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE