SEARCH

3 Pelukis Wanita Berpengaruh Yang Harus Kamu Kenal

3 Pelukis Wanita Berpengaruh Yang Harus Kamu Kenal

Manusia membikin seni sejak zaman purbakala lagi. Dengan pembelajaran yang terhad dan faktor kekurangan bahan dan peralatan, tidak menjadikannya sedikitpun masalah buat nenek moyang kita, sama ada pelukis lelaki mahu pun pelukis wanita untuk berkarya.

Dalam masa seni itu berevolusi, mereka mewujudkan institusi-institusi atau sekolah-sekolah seni untuk memperkuatkan lagi cabang seni agar menjadi lebih praktikal dan jitu. Di barat, sejarah pembelajaran seni formal bermula pada 1653 di Académie Française, Perancis.

Untuk dua abad seterusnya atau sekurang-kurangnya pada abad ke-18, ramai pelukis atau pemikir mula menggunakan seni untuk mengekspresi diri dan memberi makna pada karya mereka sebagai ‘protes senyap’ melalui seni. Jauh berbeza sekali dengan seni tradisional yang hanya melukis objek-objek mati atau sekadar melakar potret-potret pembesar pada zamannya sahaja.

Dan memang tidak dinafikan, lebih ramai pelukis lelaki yang lahir dalam gagasan baru ini berbanding lawan jantinanya. Pelukis-pelukis berpengaruh seperti Vincent van Gogh, Henri Rousseau dan Leonardo Da Vinci lebih mendominasi arena seni halus dan lukisan berbanding pelukis-pelukis wanita.

Justeru saya terpanggil untuk menyenarai tiga pelukis wanita yang terkenal dan berpengaruh untuk pengetahuan kamu. Mereka ini pelukis-pelukis wanita yang disegani. Tidak mempelajari seni secara formal, ketiga-tiga pelukis wanita ini mempunyai bakat seni yang luar biasa.

Berbekalkan bakat dan anugerah tangan halus yang diperolehi, 3 pelukis wanita ini berjaya merubah dominasi pelukis lelaki dan meninggalkan kesan ‘kuasa wanita’ dalam dunia seni sampai hari ini.

 

1 – Frida Kahlo (1907 – 1954)

Frida Kahlo Pelukis wanita Terkenal oleh STAIL.MY 1

Bapa kepada Frida Kahlo, Guillermo Kahlo adalah seorang jurugambar yang berasal dari Jerman, yang mengahwini wanita Mestiza di Mexico. Dia menyedari kebolehan seni anak perempuannya ini sejak dari Frida kecil lagi. Guillermo mengajar Frida tentang seni dan fotografi sehingga Frida membesar dan layak mendapat pendapatan dari hasil seninya sendiri. Sesuatu yang luar biasa pada zamannya, zaman di mana lelaki mendominasi banyak perkara dan wanita dipandang sebagai jantina kelas kedua. Frida menongkah arus di ‘dunia lelaki’ pada zamannya itu.

Frida yang muda, walaubagaimana pun melanjutkan pelajaran tinggi di sekolah perubatan (sekali lagi sesuatu yang di luar kebiasaan untuk wanita di zamannya mendapatkan pelajaran) dan bukan di akademi seni. Malang tidak berbau, dia terlibat dalam kemalangan yang membuatkan dia hampir maut, seterusnya membantutkan pelajarannya di bidang perubatan. Frida seterusnya bertugas sebagai ilustrator perubatan di hospital yang bertanggungjawab melukis anatomi dan struktur badan pesakit untuk rujukan doktor.

Lama-kelamaan, pekerjaan dan hobi artistiknya ini membuat Frida membangunkan stail lukisan tersendiri. Dia melukis potret dan anatominya sendiri dengan hanya melihat cermin. Kahlo mula menggabungkan sisi moden dan tradisi Mexico serta unsur Katolik dalam kebanyakan lukisannya. Cabang seni Kahlo – sama ada dari sisi peribadi, mahupun tradisi – membawa kita kepada identiti Mexico-Jerman dia dan fesyen Kahlo yang eksentrik, yang tak akan pernah luntur daripada legasi pelukis wanita kening bersambung yang sangat terkenal ini.

Frida Kahlo Pelukis wanita Terkenal oleh STAIL.MY 2

Frida Kahlo Pelukis wanita Terkenal oleh STAIL.MY 3

 

 2 – Grandma Moses (1860 – 1961)

Grandma Moses Pelukis wanita Terkenal oleh STAIL.MY

Hanya dikenali dan diktiraf dunia seni pada usia 78 tahun, Anna Mary Robertson “Grandma” Moses melukis sepanjang hidupnya. Dia juga tidak pernah menerima pelajaran seni, sama seperti Kahlo. Semua hasil seninya dizahirkan sendiri tanpa sebarang pembelajaran formal.

Grandma Moses mula melukis di usia muda dengan teknik ciptaannya sendiri yang dipanggil “Lambscapes”. Dia hanya menggunakan barang-barang organik di dapur seperti anggur atau limau untuk mendapatkan warna bagi membolehkan dia melukis di atas selembar kain. Di zamannya, membeli alatan dan set warna bukanlah suatu keperluan. Ia adalah barang mewah yang tidak mungkin dapat dibeli oleh Grandma Moses yang kecil.

Dia melukis apa sahaja yang dilihat di depan mata. Sewaktu kecil, Grandma Moses akan melukis imej-imej dari iklan atau bungkusan ciptaan Currier and Ives, agensi pengiklanan terkenal di Amerika Syarikat ketika itu. Grandma Moses juga melukis perkarangan rumahnya, ladang-ladang di kampung halaman dan mengait patung gergasi untuk anak dan cucunya. Dianggarkan lebih 1500 hasil seni dihasilkan oleh Grandma Moses sepanjang hidupnya. Tiga daripadanya diabadikan di Museum of Modern Art, New York.

Grandma Moses Pelukis wanita Terkenal oleh STAIL.MY 1

 

3 – Yoko Ono (1833 – Kini)

Yoko Ono Pelukis wanita Terkenal oleh STAIL.MY

Yoko Ono dilahirkan pada 18 Februari 1933 di Tokyo, Jepun kepada pasangan Isoko Ono (bapa) dan Eisuke One (ibu). Maksud Yoko Ono dalam tulisan kanji adalah “Anak Laut”.

Sementara pengaruh bapanya sebagai pemain piano klasik membolehkan Yoko melanjutkan pelajaran di akademi muzik, dia tidak pernah menerima sebarang pembelajaran seni lukisan dan visual formal sepanjang karier seninya. Yoko memegang Sarjana dalam bidang Falsafah dari Gakushuin University, Tokyo. Lewat 1950an, barulah dia memasuki Sarah Lawrence College untuk mempelajari muzik setelah berpindah ke New York bersama keluarga.

Walaupun tidak pernah mendapat pelajaran seni, (mungkin atau pasti) karya-karya isteri mendiang John Lennon ini banyak berbicara tentang idea teori serta bermain komponen-komponen visual, yang kebanyakannya datang dari persembahan muziknya. Seni Yoko lebih bersifat eksperimental dan telus.

Yoko Ono Pelukis wanita Terkenal oleh STAIL.MY 1

Yoko Ono Pelukis wanita Terkenal oleh STAIL.MY 2

ARTPOP FRIDA KAHLO OLEH JANE PERKINS

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE