SEARCH

4 Artis Wanita Malaysia Yang Sudah ‘Terbang Tudung’ Mereka

4 Artis Wanita Malaysia Yang Sudah ‘Terbang Tudung’ Mereka

2019 baru sahaja bermula. Namun kontroversi tentang artis Malaysia ‘terbang tudung’ sudah mula kedengaran. Paling terbaru dua pelakon wanita putih gebu, Emma Meembong dan Fathia Latiff sempat menggegar warganet dan media sosial minggu ini dengan gambar bocor ‘tudung terbang’ mereka  yang dikongsi laman portal sensasi mStar dan laman Instagram gosip, @makcik_puaka.

Isu artis wanita muslim menanggalkan hijab kembali hangat!

Baiklah tanpa membuang masa, saya senaraikan 4 artis Malaysia yang sudah ‘terbang tudung’ mereka (secara rela mahupun ‘terkantoi’) di 2019, seperti berikut:

 

4 – Emma Maembong: Rebah Di Celah Kangkang Abang Menteri

Emma Maembong atau dengan nama sebenar Fatimah Rohani Ismail (27) mengejutkan warganet baru-baru ini dengan beberapa gambar intim dan mesra bersama abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (27) iaitu Syed Abdullah (30) di Dubai.

Ramai peminat yang mengucapkan tahniah dan merasa gembira bagi pihak Emma kerana telah berjumpa peneman hati setelah sekian lama berpisah dengan Kamal Adli.

Kredit Foto: mStar

 

Namun belum pun sempat fasa ‘bulan madu’ perhubungan mereka tamat, tidak ada angin, tidak ada ribut, warganet digemparkan pula dengan beberapa foto panas pasangan ini yang dikongsi oleh laman portal sensasi mStar. Pasangan yang baru dalam mood bercinta itu terlihat sedang menikmati makan malam dan yang paling-paling kontroversi, foto sosok wanita yang dikatakan mirip Emma ‘terkulai’ di celah kangkang Syed Abdullah di dalam sebuah bilik.

Warganet yang berang (yang saya tak tahu kenapa dan apa kena mengena dengan kehidupan mereka) dan merasa diri terpanggil dan bertanggungjawab selaku ahli Jemaah Bawang Kebangsaan pun berbondong-bondong menyerang laman Instagram Emma, sampai-sampai Emma terpaksa memuat naik satu lagi kiriman gambar memohon maaf atas kontroversi mengejut yang melanda dirinya itu.

Emma mengakui yang gambar wanita tidak bertudung di foto makan malam bersama Syed Abdullah itu adalah dirinya, tetapi tidak mengakui gambar ‘asyik di celah kangkang’ tersebut. Kenyataan ini disokong oleh Syed Abdullah sendiri yang turut menafikan wanita misteri yang duduk di celah kangkangnya itu adalah pelakon Emma Maembong.

“Ya, lelaki dalam kedua-dua gambar itu adalah saya tetapi wanita yang bersama saya di dalam bilik itu bukan Emma seperti yang didakwa. Itu adalah wanita lain dan gambar tersebut diambil kira-kira empat tahun lalu,” tepisnya memetik laporan MHE TV.

Sebenarnya apa yang lebih meresahkan, mengapa Emma berpakaian murahan seperti minah rempit? – kredit foto: @makcik_puaka –

 

Belum pun reda kontroversi ini, beberapa gambar lain Emma mengenakan seluar ‘sependek-pendek alam’ di samping Syed Abdullah, bocor lagi dan kali ini dikongsikan oleh @makcikpuaka. Isu menjadi lebih menarik. Kita tunggu apa pula reaksi dan jawapan Emma kali ini, shall we?

 

3 – Fathia Latiff: Nekad Jadi Persis Pengkid, gara-gara Aiman Hakim Bercinta Dengan Zahirah McWilson

Minggu ini juga, tular gambar dan video Fathia Latiff (32) yang tidak bertudung dan berpenampilan rambut pendek di satu acara tertutup. Gambar dan video yang dikongsi oleh @makcik_puaka mengundang pelbagai reaksi warganet. Ada yang mengecam dan ada juga yang simpati dengan keadaan semasa Fathia.

Tidak seperti Emma Maembong, Fathia hanya berdiam diri dan tidak tampil memberi penjelasan di media sosial. Saya rasa dia di tahap tidak peduli pun dengan kecaman dan tohmahan yang dilemparkan warga.

Menurut sumber yang dipercayai, Fathia sanggup memotong rambut dan berkelakuan aneh seperti itu kerana kecewa dengan khabar angin, bekas teman lelakinya Aiman Hakim yang sedang ‘mesra’ dengan pelakon, Zahirah McWilson.

Aiman dan Zahirah masih belum mengumumkan hubungan cinta mereka secara rasmi namun mereka banyak bermain angin dengan memuatnaik gambar bersama di Instagram masing-masing berserta kapsyen-kapsyen yang cheesy. Fathia yang terkenal dengan isu dadah, mungkin sudah sampai ke kemuncak sewel.

Dia yang selalu terpalit dengan kontroversi sebelum ini, seperti menari seksi seperti chikaro tak berbayar di aplikasi Bigo Live atau meroyan sambil memaki hamun di Instagram, nampaknya sangat memerlukan bantuan psikologi secepat mungkin, sebelum apa-apa kejadian tidak diingini terjadi.

 

2 – Uqasha Senrose: Tak Kisah Dilabel Kalis Api Neraka Oleh Netizen

Tak ketinggalan dalam senarai ini ialah pelakon dan jelitawan, Uqasha Senrose (27) yang sudah terbang tudungnya secara konsisten sejak 2016. Menurut tuan punya badan, sepanjang 3 tahun bertudung, imannya tidak tetap dan sebenarnya keputusan dia menutup aurat sebelum ini hanya semata-mata kerana kecewa putus cinta.

“Sejak bertudung, iman saya turun naik, tak konsisten. Saya masih muda dan keputusan bertudung itu hadir ketika hati masih berkecamuk selepas putus cinta,” ujarnya.

Uqasha juga menekankan tidak berniat untuk mempermainkan agama dan hanya mahu menjadi diri sendiri. Warganet pun masih belum move on, tak berhenti kalimah melontar kecaman di laman Instagram Uqasha sampai sekarang, namun ada juga yang beria ‘memujuk’ dia supaya kembali bertudung kerana nampak manis apabila mengenakan tudung.

 

1 – Sara Ali: Umum Buka Tudung di FB Live 

Yang paling saya suka dan juara dalam senarai ini ialah Sara Ali. So extra!

Pelakon, Sara Ali (29) tegar mengadakan sidang media tergempar tentang keputusannya menanggalkan tudung di Facebook Live pada 2017 (mampu?).

Sara atau dengan nama sebenar, Siti Sarah Hairi Ali mengakui keputusan yang diambil untuk tidak bertudung itu kerana enggan menjadi hipokrit.

Jelas Sara, tindakannya mengenakan hijab bukan atas kerelaaan dirinya, sebaliknya lelah atas sebab tertentu dan individu tertentu.

Memetik ucapan dia dia FB Live tersebut, “Setahun saya rasa bersalah dan hidup saya tidak tenang. Tidur pun tak lena. Mula-mula fikir mahu diamkan diri sahaja tetapi sampai bila?”.

Saya akui saya berhijab bukan kerana diri sendiri atau kerana Allah SWT tetapi kerana sesuatu, yang tidak mahu saya sebutkan” – Sarah Ali, 2017

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE