SEARCH

5 Negara Yang Menyambut Diwali Dengan Penuh Stail

5 Negara Yang Menyambut Diwali Dengan Penuh Stail
DEEPAVALI STAIL.MY 2
Dekorasi Diwali di Brickfields, Kuala Lumpur

Pesta cahaya, Deepavali atau juga disebut Diwali ialah perayaan yang menyambut kemenangan antara ‘kebaikan’ melawan ‘kejahatan’, ‘pengetahuan’ ke atas ‘kejahilan’ dan menukar ‘gelita’ kepada ‘cahaya’.

Menurut Hikayat Ramayana, Deepavali merayakan peristiwa kemenangan dan kepulangan Dewa Rama dari 14 tahun pengasingan setelah berjaya menumpaskan Ravana.

Deepavali juga meraikan kelahiran Dewi Lakshmi iaitu “dewi kekayaan, kesuburan, tuah dan kemakmuran” dalam kepercayaan Hindu. Dewi Lakshmi sering digambarkan sebagai merak kayangan yang simbolis dengan kebenaran serta menjadi lambang keindahan yang abadi.

Perayaan yang disambut oleh penganut Hindu seluruh dunia ini tak lengkap tanpa sinaran api pelita yang menyinari hari kebesaran bulan ketujuh kalendar Hindu ini, seperti 5 negara yang turut menyambut Diwali penuh stail-lish, seperti yang tertera:

1 – MALAYSIA

Sedang Islam sebagai agama rasmi negara kita, sama sekali tidak menyangkal kebebasan beragama dan hak melangsung upacara bagi penganut agama lain. Hari Deepavali, salah satu cuti umum rasmi di Malaysia.

Masyarakat India yang beragama Hindu bebas merayakan Deepavali bersama keluarga di rumah mereka serta menjemput rakan dan taulan daripada pelbagai bangsa dan agama yang terdapat di Malaysia bagi merayakannya bersama.

 

2 – SINGAPURA

Sama halnya dengan negara pulau di seberang tambak Johor ini, perayaan Deepavali juga disambut dengan cukup meriah. Pergi sahaja ke Little India, kamu seperti melangkah ke “India kecil” dengan jalan-jalan raya dan bangunan kolonial terhias indah bersama ratusan bunga warna-warni, perhiasan Deepavali dan neon yang bercahaya.

Foto oleh Xavier Lur

 

3 – NEPAL

Deepavali di Nepal dikenali sebagai Tihar. Sama seperti sambutan di India dan seluruh dunia, Deepavali merayakan Dewi Lakshmi. Festival cahaya ini jatuh pada pertengahan bulan Oktober di Hari Amavasya, hari yang paling gelap menurut kalendar Hindu.

Buat pengetahuan kamu, sebelum mengangkat sistem parlimen demokrasi pada 2006 dan berubah menjadi negara sekular seperti India, Nepal adalah satu-satunya negara Hindu di dunia.

 

4 – AMERIKA SYARIKAT

Keturunan Asia adalah imigran terbesar yang datang ke Amerika lewat abad 1800 dengan pendatang dari India menyumbang peratusan yang agak besar di samping pendatang dari Tanah Besar China.

Kebanyakan bandar-bandar industri di AS mempunyai komuniti India diaspora yang besar akibat perpindahan itu. Tak kira New Jersey, Illanois, Texas atau California, kuil-kuil Hindu di bandar-bandar besar ini mengambil peranan mengajurkan Diwali.

 

5 – AUSTRALIA

Seperti Malaysia dan Singapura, kaum India dibawa masuk oleh British semasa zaman kolonial. Dengan populasi komuniti India yang besar di bandar-bandar Australia, Deepavali disambut secara besar-besaran di Federation Square, Melbourne. Festival kebudayaan, tarian dan kesenian India turut dijalankan dengan pertunjukan bunga api sebagai kemuncak Deepavali.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE