SEARCH

5 Event di Urbanscapes 2018 Minggu 2 Yang Tidak Boleh Kamu Lepaskan

5 Event di Urbanscapes 2018 Minggu 2 Yang Tidak Boleh Kamu Lepaskan

Minggu pertama Urbanscapes 2018 dibuka dengan konsert-konsert seperti #KhalidLiveinKL, NU-SANTARA dan konsert mini Unlimited Grooves Festival yang dibawa UMOBILE. Padahal festival seni paling lama dianjurkan di Kuala Lumpur ini bukan semata-mata tentang muzik sahaja. Jadi untuk minggu kedua ini, saya cadangkan supaya kamu menghadiri pula 5 event yang merangkumi seni, audio dan visual (juga muzik) yang turut ada di Urbanscapes 2018 Minggu 2 yang tidak boleh kamu lepaskan, seperti berikut:

 

1 – Immersio 2.0

Artis: Filamen, EEE Lab, Syed Muhammad, Sofia Harun
Tarikh: 3 – 18 November
Masa:  10AM – 10PM (Kecuali Ahad)
Lokasi: Urbanscapes House (Basement)

Immersio 2.0 adalah pesta seni yang menggabungkan pengalaman audio dan visual tersendiri. Dikurasi oleh Filamen, penganjuran tahun kedua ini turut menampilkan bakat-bakat baru dalam dunia seni audio visual seperti Saishogen, Cervello, EEE Lab, Syed Muhammad dan Sofia Haron.

Mereka akan merubah aras bawah tanah Rumah Urbanscapes berserta beberapa lokasi lain seperti Medan Pasar dan sekitar River of Life untuk pengalaman seni interaksi digital yang unik. Immersio mahu menjadi platform dan rujukan utama untuk pelajar-pelajar universiti, artisan tempatan dan antarabangsa untuk bersama-sama meraikan dan menghargai media alaf baru ini di Malaysia.

Baca temubual saya bersama Sofia Haron – berbicara tentang seni & haiwan di Urbanscapes 2018

 

2 – Aina Abdul ‘SHADOW’

Artis: Aina Abdul
Tarikh: 15 November
Masa: 8pm – 11pm
Lokasi: The Bee, Publika

Aina Abdul, penyanyi bersuara lantang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan. Dia mula dikenali sebagai naib juara Mentor 2015 sebagai protégé Ella. Sejak itu, Aina menyanyi di festival-festival jazz dalam dan luar negara temasuk menyanyi untuk lagu tema filem “Tombiruo: Penunggu Rimba”. Tahun 2018 menjadi debut dia di Unbascapes 2018 untuk showcase dan premiere muzik video “SHADOW”.

TEKAN DI SINI UNTUK MEMBELI TIKET

 

3 – Talitha: BOYS EP Heartbreak Party

Artis: Talitha Tan
Tarikh: 16 November
Masa: 8pm – 12am
Lokasi: Urbanscapes House

Penyanyi dan penulis lagu, Talitha Tan bakal melancarkan album EP – “BOYS” di parti yang mengambil tempat di Urbanscapes House. Dilengkapi lagu-lagu seperti “Slip Through Your Veins” dan “Fooled Me”, EP ini menyajikan koleksi lagu putus cinta Talitha terdahulu berserta dua lagu terbaru. Mendapat kerjasama penerbit seperti The Chief, Darren Ashley, Kusznagi dan Tatsuro Miller, ‘BOYS’ berkisahkan tentang realiti cinta, jangkaan dan kekecewaan di dalam perhubungan.

 

4 – BerlinScapes

Artis: Bad Mob & Kopigo
Tarikh: 17 November
Masa: 9PM Hingga Lewat Malam
Lokasi: The Berlin KL, Chinatown

BerlinScapes: A Glow in the Dark Party kembali ke Urbanscpes 2018 di Chinatown. Sempena festival muzik dan seni yang berlangsung selama dua minggu ini, The Berlin KL bakal disimbahi lampu-lampu UV untuk glow in the dark party! Pakai baju putih untuk impak yang maksima. Kemasukan adalah percuma.

 

5 – Wayang: Nu – KL

Artis: Hidity.LAB
Tarikh: 17 – 18 November
Masa:  8PM – 10PM
Lokasi: River of Life

Bagaimana agaknya Kuala Lumpur di masa hadapan? Hidity.LAB cuba menjawab persoalan ini dengan instalasi seni “Wayang : NU-KL” di sekitar River of Life. Saksikan visi dan gambaran masa hadapan ‘The Greater Kuala Lumpur’ yang disampaikan secara pancaran cahaya yang memukau.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE