SEARCH

5 Fakta Tentang Jane Zhang Yang Membuka Pertunjukan Victoria’s Secret Shanghai Dengan Penuh Stail

5 Fakta Tentang Jane Zhang Yang Membuka Pertunjukan Victoria’s Secret Shanghai Dengan Penuh Stail

Jane Zhang STAILMY 1

Jane Zhang akhirnya dikenali Hollywood dan seluruh dunia setelah berjaya membuka pentas Victoria’s Secret Fashion Show Shanghai 2017 (VSFSS 2017) dengan penuh stail.

Namun siapakah (selain rakyat China) yang benar-benar mengenali dengan lebih dekat figura besar yang berasal dari pentas hiburan negara berpendudukan teramai dunia ini? Siapa sebenarnya Jane Zhang?

Yang pasti, penyanyi wanita berusia 33 tahun ini memang bertaraf superstar di China. Masakan dia diberi kepercayaan membuka VSFSS 2017 jikalau dia hanya penyanyi yang biasa-biasa, bukan?

 

Sudahpun menerbit enam buah album, saya senarai 5 fakta tentang Jane Zhang – superstar wanita dari China yang membuka pentas Victoria’s Secret Fashion Show Shanghai 2017 dengan penuh stail, seperti berikut:

 

Jane Zhang STAILMY 3

1 – MEMBINA KARIER DARI SUPER GIRL

Berbalik pada 2015, Jane Zhang memenangi tempat ketiga “Super Girl”, iaitu pertandingan nyanyian realiti yang cukup terkenal di China. Walaupun tidak bergelar juara, berkat sampai ke peringkat akhir Super Girl pun sudah cukup memadai untuk dia dikenali di seluruh China. Kemudian, Jane Zhang memulakan karier nyanyian profesional bersama Huayi Music.

2 – PERNAH BERKOLABORASI BERSAMA TIMBALAND DAN BIG SEAN

Pada 2015, Jane menyanyikan “Fighting Shadows” bersama Big Sean untuk filem “Terminator Genisys”. 2016, dia berkolaborasi pula bersama Timbaland untuk “Dust My Shoulders Off”. Timbaland juga berperanan sebagai penerbit album.

Jane Zhang STAILMY 2

3 – MEMBUAT KEMUNCULAN DI OPRAH

Pada 2009, Oprah Winfrey menggelar Jane Zhang sebagai “The Breakout Superstar” setelah melihat persembahan dia semasa bertanding di pentas Super Girl. Jane turut diundang untuk membuat persembahan di ‘The Oprah Winfrey Show’ pada tahun yang sama.

4 – DIA BERMULA DENGAN LANGKAH SEDERHANA

Suatu yang membuat Oprah begitu terharu adalah kisah bagaimana dia mula bernyanyi. Berikutan kematian mengejut bapanya, Jane Zhang mula menyanyi di kelab-kelab malam selepas sesi persekolahan di sebelah siang hari untuk menampung kehidupan keluarganya.

 5 – DIA DIGELAR ‘THE DOLPHIN PRINCESS’

Dek kerana kelantangan vokal yang tinggi, Jane Zhang diberi jolokan “Puteri Ikan Lumba-Lumba” semasa bertanding di Super Girl.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE