SEARCH

5 Gambar #Fattzura Di Malam Gala Wanita Terindah

5 Gambar #Fattzura Di Malam Gala Wanita Terindah

“Dia sederhana yang istimewa”

Itulah nukilan penulis novel, Ezza Mysara pada dada novel Wanita Terakhir, yang turut mendapat inspirasi daripada single pertama Fattah Amin, hasil ciptaan Aizat Amdan pada awal Januari lalu.

Novel ‘Wanita Terakhir’ dilancarkan pada April 2017 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017. Tambah manis lagi, penulisan pertama Fattah Amin yang bertajuk #QalifModen “99 Kata-Kata Fattah Amin” juga turut dinobatkan sebagai “Buku Paling Popular ” di pesta buku tersebut.

Nampaknya pemenang #ABPBH30 ini tidak senang dengan hanya berlapang dada. Selepas mencuba bakat dalam bidang nyanyian dan penulisan, Fattah Amin berganding pula bersama Nur Fazura untuk filem adaptasi novel yang sama tetapi dengan tajuk baru – Wanita Terindah.

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

‘Wanita Terindah’ diarahkan oleh Joon Goh. Manakala pelakon, pengacara dan penulis yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air, Rafidah Abdullah sekali lagi menyarung jersi ‘Penulis Skrip’ untuk telefilem ini.

Jika sebelum ini #Fattzura pernah mencetuskan fenomena semasa diganding bersama sebagai pasangan kekasih dalam “Hero Seorang Cinderella”, tidak mustahil jika kolaborasi terbaru ini juga bakal meninggalkan kesan yang cukup besar pada pentas hiburan Malaysia.

Sebuah cereka ringkas tetapi mendalam, ‘Wanita Terakhir’ ditayangkan di Astro First Eksklusif (saluran 480) mulai 2 November 2017 dengan hanya berharga RM15.90 (termasuk GST) untuk tempoh 48 jam.

Fatzurra STAIL.MY 1
Fattah Amin sebagai Fahim Aiman

 

Fatzurra STAIL.MY 2
Nur Fazura sebagai Nuryn Nafeesa

 

Fatzurra STAIL.MY 3
#Fattzura di malam Gala Wanita Terindah

 

stail.my malam gala wanita terindah 5
Barisan pelakon utama Wanita Terindah (Dari Kiri) Samantha, Fazura, Fattah, Aiman Mika, Sarah Hildebrand, Liza Othman & Ridzuan Hashim

 

Fattzura STAIL.MY 4
Fas Subari, Joon Goh, Lina Tan, Samantha, Sarah Hildebrand, Fazura, Fattah, Adam Mika, Rafidah Abdullah, Liza Othman & Kartini Ariffin

 

Baca sinopsis dan lihat juga 20 gambar #Fattzura di belakang tabir Wanita Terindah di SINI

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE