SEARCH

5 Gambaran Pertama Fifty Shades Freed

5 Gambaran Pertama Fifty Shades Freed

Sudah tentu selepas Fifty Shades Darker, datang pula Fifty Shades Freed.

Jika Fifty Shades Darker menghangatkan lagi hubungan cinta antara Christian Grey (Jamie Dornan) dan Anastasia Steele (Dakota Johnson), Fifty Shades Freed pula mendendangkan kisah cinta kinky mereka sampai ke jinjang pelamin.

Warning, spoiler alert! Walaupun tidak banyak informasi yang kami perolehi, tetapi cukup lah 5 informasi ini kami bocorkan untuk kamu memahami dan mendapat gambaran pertama tentang Fifty Shades Freed, seperti di bawah:

1 – ANA MENGANDUNG

Semasa menjaga bapa tirinya yang sedang sakit tua di hospital, Ana mendapati dirinya mengandung. Namun perkhabaran gembira ini tidak menyenangkan Christian. Dia malah menuduh Ana mengandung secara sengaja… (say what?).

2 – MUSUH ANA MAKIN MENGGANAS

Selepas Ana dan Christian kembali dari bulan madu di Eropah, Christian seperti biasa meneruskan kerjaya sibuk sebagai seorang usahawan yang berjaya, meninggalkan Ana yang selalu bertemankan sahabat baiknya, Kate Kavanagh. Segalanya mereka lakukan bersama. Ini membuatkan musuh seteru, Jack Hyde berkesempatan untuk menculik Anna.

3 – ELENA LINCOLN MASIH MEMBAWA MASALAH

Pada masa sama, Christian masih bertemu dan ‘berhubungan’ dengan Elena Lincoln, skandal lama dia.

4 – CHRISTIAN MENDAPAT TAHU RAHSIA GELAP TENTANG DIRINYA

Mendapati dia adalah anak angkat dan membesar bersama Jack Hyde di rumah anak yatim yang sama.

5 – DAN AKHIRNYA MEREKA HIDUP BAHAGIA SELAMA-LAMANYA

Pada penghujung filem, Christian dan Ana sedang bersedia untuk menyambut hari lahir anak lelaki mereka yang bernama Theodore. Mereka memanggilnya Teddy. Ana juga mengandungkan anak perempuan yang bernama Phoebe.

Fifty Shades Freed adalah sekuel ketiga dan yang terakhir untuk filem saga erotika yang sangat terkenal ini dan seperti Fifty Shades of Grey (2015) dan Fifty Shades Darker (2017), Fifty Shades Freed bakal ditayangkan pada 14 Februari 2018 sempena Hari Kekasih.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE