SEARCH

Lagu Baru Disember – Kayda & ‘Macam-Macam’ Squad!

Lagu Baru Disember – Kayda & ‘Macam-Macam’ Squad!

Girl Power! Kayda Ketuai Barisan Penyanyi Dengan 5 Lagu Baru Disember Ini

RAP 3 BAHASA, KAYDA SELIT MESEJ BUAT KAUM HAWA

Penyanyi wanita bertubuh genit dan berbakat besar yang sinonim dengan muzik hip hop, Wan Nur Khaleda Aziz atau lebih mesra dengan panggilan Kayda (28), kembali dengan muzik video terbaharu berjudul Macam-Macam.

Lagu ini dicipta dan dihasilkan oleh Lucka Sickta dan kolaborasi bersama Kayda sendiri. ‘Macam-Macam’ adalah lagu rap solo pertama dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina dan Inggeris nyanyian Kayda.

Dia mula rap secara suka-suka seawal usia 13 tahun, Kayda menggemari penyanyi hip hop antarabangsa seperti Missy Elliott, Ak’Sent dan TLC. Memilih kerjaya sebagai penyanyi rap di Malaysia bukanlah suatu perkara mudah. Kayda nekad mengorak langkah secara profesional pada usia 21 tahun.

“Sejak kecil lagi saya didedahkan dengan pelbagai genre muzik. R&B dan hip hop menjadi pilihan kerana ia membuatkan saya seronok mendengarnya. ‘Macam-macam’ ialah luahan saya secara peribadi. Saya terjemahkan dalam bentuk lagu dan membawa maksud kematangan saya sebagai seorang wanita.

Saya juga ingin mengajak wanita di luar sana agar lebih berani dan kuat dalam menghadapi apa jua rintangan. Selain membawa mesej memperkasakan wanita, kaum Hawa jangan mudah cair dengan kata-kata manis sang Adam. Wanita harus mampu berdikari dalam membuat sebarang kuputusan yang melibatkan kehidupan.

Sebagai wanita, kita punyai kelemahan diri tetapi jangan sampai ia menjadi penghalang dalam mengejar cita-cita”

– Kayda

Memandangkan Kayda rap dalam Mandarin, Hotel Federal menjadi pilihan kerana muzik video ‘Macam-Macam’ mahu mengetengahkan elemen Oriental yang gah dan garang. Di samping membawa simbolik seorang maharani di generasi sekarang yang lebih kendiri dan perkasa dengan nilai-nilai adat Timur.

“Saya mahu ketengahkan kepelbagaian budaya di Malaysia menerusi muzik video ini di mana kita (rakyat Malaysia) mampu hidup bersama dalam keadaan harmoni, tetapi masih mampu menghadapi masalah sosial yang sama sejak berzaman di zaman yang serba moden ini,” tuntasnya.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE