SEARCH

5 Penyanyi Lelaki Baru Yang Harus Kamu Dengarkan

5 Penyanyi Lelaki Baru Yang Harus Kamu Dengarkan

Dewasa ini, industri muzik tempatan rancak dengan kehadiran penyanyi lelaki baru dalam kalangan generasi Milenial. Nama-nama seperti Khai Bahar, Andi Bernadee, Haqiem Rusli, Ismail Izzani dan Asad Motawh sudah biasa kita dengar dan lagu-lagu mereka pun sudah terkenal dan selalu dimainkan di corong-corong radio tempatan.

Khai Bahar dan Haqiem Rusli sudah dua kali bertanding di #AJL32 dan #AJL33 yang lepas.

Baiklah, lupakan mereka sebentar. Sebenarnya ada ramai lagi penyanyi lelaki baru selain nama-nama ini yang harus kita ketengahkan. Yang punya potensi dan masa hadapan yang cerah untuk menggamatkan lagi industri muzik tempatan.

Nah, saya rangkumkan 5 penyanyi lelaki baru yang harus kamu dengar, seperti di bawah:

 

1 – Zaim Ajmal

Penggemar media sosial terutamanya Instagram pasti mengenali bakat muda yang dikenali sebagai Zaim Ajmal ini. Dia baru sahaja melancarkan single terbaru bertajuk ‘Gadees’ (baca: gadis). Lagu ini berkisahkan tentang kisah percintaan remaja dengan tempo yang rancak. Zaim Ajmal adalah artis baharu di bawah naungan Universal Music Malaysia.

 

2 – Kucai Mars

Pemilik nama Amirul Husyairi bin Nani atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Kucai Mars ini mula meraih populariti apabila video lagu-lagu saduran dendangannya yang dikongsi menerusi Instagram mendapat sambutan hangat warganet. Popularitinya makin melonjak naik apabila video dia menyanyi lagu ‘Ragaman’ (nyanyian asal Faizal Tahir) dalam dialek Negeri Sembilan menjadi tular di media sosial.

Sama seperti Andi Bernadee yang dilamar Warner Music Malaysia, Kucai Mars muncul dengan single debut berjudul ‘Jawab’ ciptaan Hang Nadim dan Laq.

 

3 – Daniesh Suffian

Penyanyi lelaki ini berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Dia mula dikenali kerana selalu memuat naik lagu cover di Instagram. Pertama kali saya mendengar dia menyanyi ketika menghadiri konsert Anuar Zain, BCL & Yuka Kharisma, tahun lalu ketika dia berduet bersama Bunga untuk lagu ‘Aku dan Dirimu’. Not bad, I must say untuk penyanyi baru seperti dia dapat peluang menyanyi bersama artis dari seberang. Baru-baru ini dia turut diundang untuk menyanyi di Majlis Ulangtahun Emas Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daniesh Suffian (@danieshsuffian) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daniesh Suffian (@danieshsuffian) on

 

4 – Megat Rahim

Megat Rahim adalah penyanyi lelaki baru di bawah label muzik tempatan, Bee Good Music sama seperti Asad Motawh. Saya perasan, persamaan antara artis-artis baharu dari kalangan Milenial ini, mereka lebih menonjol kerana menggunakan platform Instagram untuk ‘menjual’ diri mereka. Dia juga selalu menyanyikan lagu cover dan mempunyai seramai 225.8 ribu pengikut walaupun kurang aktif di Instagram. Single pertama Megat Rahim bertajuk ‘Sinar’.

 

5 – Ariff Bahran

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bahran (@ariffbahran) on

Antara ramai-ramai yang saya sebutkan dalam senarai ini, pasti ada antara kamu mungkin sudah mengenali sosok dengan senyuman manis bernama Ariff Bahran ini. Ariff mula dikenali sejak memasuki pertandingan Big Stage tahun lalu, namun tersingkir di peringkat separuh akhir dan tidak sempat memasuki final bersama Afieq Shazwan. Dia bernaung di bawah label Rusa Music dan memiliki single pertama bertajuk ‘Kata Akhirmu’.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE