SEARCH

5 Persoalan #Grammys2017 – Antara Adele, Beyonce, Bowie, Trump & Justin Bieber

5 Persoalan #Grammys2017 – Antara Adele, Beyonce, Bowie, Trump & Justin Bieber

5 persoalan #Grammys2017

Pentas penganugerahan muzik terbesar Hollywood, Anugerah Grammy 2017 tinggal berlangsung hanya 1 hari lagi, hari Ahad tanggal 12 Februari 2017 (waktu Hollywood).

Daripada senarai selebriti-selebriti yang sah membuat persembahan – Adele, Beyonce, Lady GagaBruno Mars, The Weeknd, Katy Perry, Daft Punk, Metallica, Alicia Keys, Lucas Graham dll – hinggalah kepada pengacara, James Corden yang pertama kali mengemudi acara – jelas terdapat banyak tanda tanya yang membadai majlis pengiktirafan industri muzik terbesar dunia ini.

Berikut saya senaraikan 5 persoalan Anugerah Grammy 2017 kali ke 59 ini, seperti yang tertera:

5 persoalan #Grammys2017

1 – Battle of the Queen: Beyoncé vs Adele

Paling mendebarkan, kedua-dua ratu muzik ini mendapat pencalonan untuk “Album Terbaik”, “Rekod Terbaik” dan “Lagu Terbaik”.

Melihat dari sudut komersial, Beyonce dan Adele dua selebriti dari dua genre yang berbeza, namun mempunyai jutaan peminat dan hasil jualan album yang lebih kurang sama.

Media Hollywood pernah meramalkan Grammy 2017 malam gemilang buat Queen Bey, namun kehadiran penyanyi British berusia 28 tahun ini mungkin mampu menidakkan kenyataan tersebut. Sama-sama kita nantikan.

 

5 persoalan #Grammys2017

2 – Bowie mangsa sabotaj?

Entah kenapa Sturgill Simpson bersama albumnya, “A Sailor’s Guide to Earth” berjaya lolos kategori “Album Terbaik”, sementara David Bowie dengan albumnya yang berjudul “Blackstar” gagal melepasi kategori ini. Malah Bowie hanya mendapat 3 pencalonan untuk 3 kategori Rock tanpa satu pun pencalonan untuk kategori yang lebih tinggi atau yang setara dengan Beyonce, Adele, Drake mahupun Justin Bieber!

 

5 persoalan #Grammys2017

3- Aura Justin Bieber

Bercakap soal Bieber, penyanyi remaja sensasi yang selalu membuat kontroversi ini tercalon untuk dua anugerah besar Grammys iaitu “Album Terbaik” dan “Album Pop Terbaik”.

Mungkin “Album Pop Terbaik” boleh dimenangi Bieber. Lagu-lagu dia dari album keempat, “Purpose” mengungguli carta-carta Billboard di Amerika Syarikat dan dunia. Malah muzik video “Sorry” juga dinobatkan sebagai muzik video (kategori lagu) yang terbanyak mendapat tontonan di Youtube untuk 2016.

Namun jika “Purpose” berjaya mengalahkan “Lemonade” (Beyonce), “View” (Drake) dan “25” (Adele) sekaligus memenangi “Album Terbaik”, mungkin ia bakal tersemat menjadi perkara yang paling aneh dalam sejarah Grammys.

 

5 persoalan #Grammys2017

4- Pentas protes Trump?

Apakah pentas Anugerah Grammy 2017 kali ke 59 ini bakal menjadi pentas protes terhadap Trump seperti pentas SAG 2017 yang lalu?

Lihat sahaja selebriti-selebriti yang hadir pada malam Grammy 2017 ini. Rata-rata pernah memberi pandangan negatif dan kritikan secara terbuka terhadap kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45.

Nama-nama seperti Beyonce, Lady Gaga dan Katy Perry sangat kuat melaungkan sokongan terhadap calon Parti Demokrat, Hillary Clinton. Saya menjangka pasti ada unjuk politik pada malam Grammy 2017 ini.

 

5 persoalan #Grammys2017

5 – Penghormatan buat lagenda yang mana satu?

2016 menyaksikan kematian ramai selebriti-selebriti bertaraf legenda di Hollywood. Pihak penganjur mungkin dalam kepusingan bagi menentukan siapa di antara yang mati itu bakal mendapat penghormatan pada malam Anugerah Grammy 2017 ini.

Akhirnya, Prince dan George Michael terpilih untuk diberi penghormatan pada malam 12 Februari itu nanti. Mungkin Prince dipilih bagi mewakili industri muzik Amerika Syarikat dan George Michael pula untuk muzik dunia. Sekali lagi David Bowie disingkirkan.

BACA JUGA 12 PREDIKSI PEMENANG #GRAMMYS2017 PILIHAN STAIL.MY

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE