SEARCH

#PandangPertama 6 Perwira Perkasa ‘Justice League’

#PandangPertama 6 Perwira Perkasa ‘Justice League’

Justice League

Tahun 2017 menyaksikan banyak filem aksi yang dikeluarkan untuk tahun ini. Nampaknya, DC Comics (DC) dan MARVEL seakan-akan berlumba bagi menyatakan siapa yang terbaik dalam menghasilkan filem-filem berkategori adiwira ini. Sehubungan itu, DC bersama Warner Bros baru sahaja melepaskan trailer terbaru Justice League yang sangat mendebarkan. Ia diarahkan oleh sutradara Zack Snyder dengan lakon layar oleh Chris Terrio.

‘Justice League’ mendapat inspirasi daripada sifat kasih sayang Superman terhadap bumi dan manusia, Bruce Wayne (Ben Affleck) dan Diana Prince (Gal Gadot) bekerjasama bagi menumpaskan musuh bumi yang tersangat kuat. Bersama, Batman dan Wonder Woman mencari anggota baru dalam kalangan ‘metahuman’ terpilih bagi membentuk sebuah ‘liga adiwira-adiwira bersatu’ yang mampu mempertahankan bumi dari sebarang kuasa jahat.

Pembentukan liga adiwira ini merangkumi anggota-anggota metahuman seperti:

Boleh dibilang ia filem yang mengumpulkan ramai adiwira dalam satu filem, ‘Justice League’ turut dibintangi oleh Ciarán Hinds (Steppenwolf), Amy Adams (Lois Lane), Diane Lane (Martha Kent), Jeremy Irons (Alfred Pennyworth), J.K. Simmons (Commissioner Gordon), Amber Heard (Mera), Kiersey Clemons (Iris West) dan Jesse Eisenberg (Lex Luthor).

DC bersama Warner Bros juga tidak ketingalan mengeluarkan filem solo untuk “Wonder Woman” (2 Jun 2017), “The Flash” (23 Mac 2018) dan “Aquaman” ( 5 Oktober 2018) serta “Batman” (tarikh tayangan belum diumumkan). Apa yang pasti ‘Justice League’ akan beraksi melawan kuasa jahat di seluruh pawagam berhampiran kamu pada tanggal 17 November 2017 nanti.

Justice League

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE