SEARCH

6 Cara Untuk Kamu Tonton iflix Secara Percuma di #IFLIXFREE

6 Cara Untuk Kamu Tonton iflix Secara Percuma di #IFLIXFREE

Iflix, rangkaian hiburan televisyen atas talian yang semakin berkembang kini melancarkan #iflixFREE dengan wajah dan isi kandungan terbaru secara percuma! Ya perkataan yang disukai semua, PERCUMA.

#iflixfree oleh STAIL.MY IFLIX FREE 1

Menurut pengasas bersama dan CEO iflix Group, Mark Britt berkata, “Tiga tahun lalu, kami melancarkan perkhidmatan rangkaian televisyen bertaraf dunia dengan harapan boleh diakses oleh semua orang di atas talian. Dengan #iflixFREE, kami selangkah ke arah mencapai matlamat tersebut. Sekarang tiada lagi peminat yang ketinggalan, #iflixFREE tersedia secara percuma untuk kamu, sentiasa. You’re free to stay, free to play for life,” ujarnya teruja.

Ringkasnya, kini kamu tidak perlu lagi membayar yuran bulanan untuk menonton #iflixFREE. Perkhidmatan terbaru ini membolehkan penonton menonton beberapa rancangan televisyen terpilih tanpa sebarang langganan atau bayaran.

Pada masa sama, terdapat beberapa rancangan atau filem yang ditaja oleh syarikat tertentu dalam menyahut cabaran dan rencara iflix supaya #iflixFREE bebas daripada sebarang iklan. Pendaftaran masih lagi diperlukan dan jika kamu bukan pelanggan tetap atau tidak pernah melanggan iflix sebelum ini, kamu boleh menonton rancangan-rancangan terpilih yang memiliki label PERCUMA/FREE.

#iflixfree oleh STAIL.MY IFLIX FREE 2

Apa yang boleh kamu tonton secara PERCUMA di #IFLIXFREE?
  1. Movie of the Day – Filem pilihan terbaru yang dikemaskini setiap hari
  2. iflix Snacks – 50 filem pendek dan rancangan tempatan yang dikemaskini setiap hari
  3. iflix Originals seperti KL Gangster: Underworld, Coconuts TV dan banyak lagi
  4. Studio 2 – Caraoke Drift, Gila Gamerz dan Boleh Binge
  5. Perlawanan bola sepak Malaysia, termasuk Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih yang dipancarkan secara langsung
  6. The Feed – Gossip, kontroversi, wawancara dan perkembangan terbaru selebriti Hollywood

Semua isi kandungan yang tersenarai di #iflixFREE adalah PERCUMA untuk tontonan kamu tanpa mengira status langganan penonton. Dengan pelbagai seleksi dan pilihan rancangan televisyen – tempatan mahupun antarabangsa – #iflixFREE menawarkan pustaka filem terbaik dan berkualiti secara percuma.

Oh, di samping semua ini, kamu juga boleh melanggan iflix secara bulanan (RM10) atau tahunan (RM96) untuk pengalaman menonton televisyen atas talian secara menyeluruh dengan iflix VIP. Hanya daftar di laman sesawang iflix atau muat-turun aplikasi iflix untuk iOS dan Android di App Store atau Google Play.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE