SEARCH

6 Tarikan Menarik Di Melaka Yang Paling #inSTAILgramworthy Wajib Kamu Kunjungi

6 Tarikan Menarik Di Melaka Yang Paling #inSTAILgramworthy Wajib Kamu Kunjungi

Melaka terkenal sebagai bandar yang menyatukan pelbagai budaya, juga terkenal dengan kawasan-kawasan bersejarah yang berselerak di seluruh negeri Sang Kancil ini. Bandar Hilir adalah kawasan terbaik bagi melihat lokasi dan tarikan menarik di Melaka yang paling sesuai untuk #inSTAILgramworthy kamu.

Pusat bandar Melaka ini juga adalah syurga bagi pengumpul barangan seni dan antik, penggemar fesyen vintaj dan klasik serta pemburu makanan eksentrik. Selain tarikan utama di Bandar Hilir seperti pasar malam di Jonker Street (setiap malam Jumaat dan Sabtu), kami kunjungi banyak lokasi-lokasi #inSTAILgramworthy lain di sini.

Ada yang sudah berusia ratusan tahun lampau, klasik dan tak dimamah zaman, ada juga lokasi moden yang baru dibuka, damai wujud bersama. Kepelbagaian etnografi yang terdapat di negeri Melaka ini sangatlah menarik perhatian, seperti 6 tarikan menarik di Melaka yang paling #instailgramworthy berikut:

 

1 – The Stadthuys

 The Stadthuys #inSTAILgramworthy tarikan menarik di Melaka oleh STAIL.MY 1

Apalah ertiya kunjungan kamu ke negeri Melaka jika tidak pijak kaki ke Dataran Belanda berwarna merah yang sangat terkenal di tengah-tengah Bandar Hilir ini? Dikelilingi oleh bangunan-bangunan merah yang lain, The Stadthuys adalah bangunan binaan Belanda yang tertua di Asia. Dahulunya bertindak sebagai pusat pentadbiran Syarikat Hindia Timur Belanda, kini The Stadthuys diubah menjadi muzium dan sesuai untuk kunjungi #inSTAILgramworthy kamu!

#inSTAILgramworthy tarikan menarik di Melaka oleh STAIL.MY 2

#inSTAILgramworthy tarikan menarik di Melaka oleh STAIL.MY 3

 

2 – Casababa Gallery

Casababa Gallery #inSTAILgramworthy tarikan menarik di Melaka oleh STAIL.MY

Tarikan kedua di Melaka adalah lokasi yang jarang dikunjungi semua iaitu Casababa Gallery yang terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock (Heeren Street). Jalan ini terkenal dengan barisan rumah-rumah keluarga Peranakan yang kaya di Melaka pada masa dahulu. Kini kebanyakan rumah-rumah ini berubah menjadi muzium dan hotel butik yang stailish. Tidak seperti Baba Nyonya Heritage Museum (yang lebih terkenal dan terletak di jalan sama) apa yang menarik di Casababa Gallery, kamu boleh mengenakan pakaian tradisi Baba Nyonya yang lengkap sambil bebas berswafoto di dalam galeri ini.

Casababa Gallery #inSTAILgramworthy tarikan menarik di Melaka oleh STAIL.MY 1

 

3 – Encore Melaka

Encore Melaka #inSTAILgramworthy tarikan menarik di Melaka oleh STAIL.MY

Encore Melaka #inSTAILgramworthy tarikan menarik di Melaka oleh STAIL.MY 1Tarikan paling terbaru di Melaka. Ia dibina di atas tanah tambak di Kota Syahbandar. Bangunan teater bertaraf dunia ini merangkumi kawasan seluas 15 hektar tanah dan berhadapan Selat Melaka. Struktur bangunan Encore Melaka berkonsep moden, namun menggunakan porselin putih/biru bagi memberi sentuhan budaya Peranakan di negeri selat ini.

Encore Melaka menampilkan persembahan teater yang lengkap dengan projeksi video serta set pentas haudralik bertingkat yang boleh berputar 360 darjah. Ia boleh menempatkan lebih 2000 penonton dalam satu sesi pementasan. Pementasan ini adalah kompilasi cerita budaya yang mencerminkan masyarakat majmuk yang wujud di Melaka sejak zaman berzaman.

Baca juga #review saya menonton Encore Melaka secara eksklusif di SINI.

 

4 – THE SHORE SKY TOWER

The Shore Sky Tower #inSTAILgramworthy tarikan menarik di Melaka oleh STAIL.MY

Untungnya penginapan rasmi kami di The Majestic Mallacca amat berhampiran dengan tarikan terbaru Melaka yang bernama The Shore ini. Hanya seberang jalan, kami berjalan ke mari. Terdapat dua lokasi menarik yang boleh dikunjungi di pusat beli belah mega ini iaitu Sky Tower dan Oceanarium. Kebetulan hari itu Oceanarium tutup, kami memilih Sky Tower sebagai lokasi #inSTAILgramworthy seterusnya.

Menariknya di Sky Tower ini adalah kamu boleh melawat kawasan tinjau atas udara dengan lantai kaca di aras rooftop. Cabar keberanian kamu untuk berdiri di atas platform kaca ini. Tidak seperti Menara Taming Sari, kamu juga boleh menjelajahi kawasan ini dengan selesa bagi menikmati pemandangan bandaraya Melaka yang terbentang luas saujana mata memandang. Terdapat banyak teropong jarak jauh yang disediakan untuk kamu menikmati pemandangan bandaraya Melaka dengan lebih dekat.

The Shore Sky Tower #inSTAILgramworthy tarikan menarik di Melaka oleh STAIL.MY 1

 

5 – Laman Seni

Laman Seni #inSTAILgramworthy tarikan menarik di Melaka oleh STAIL.MY

Dewasa ini, kamu boleh nampak kebangkitan seni jalan di Melaka. The Orangutan House adalah salah satu street art yang berjaya menangkap perhatian saya. Di sebalik Jalan Tokong dan Jalan Hang Kasturi, terdapat lorong yang penuh dengan mural. Mural-mural di Laman Seni ini mengajak kamu bergaya secara interaktif semasa sesi bergambar. Masuk adalah percuma.

Lihat mural Laman Seni yang lengkap di SINI.

Laman Seni #inSTAILgramworthy tarikan menarik di Melaka oleh STAIL.MY 1 horse painting

 

6 – Jonker Street Library

Jonker Street Library #inSTAILgramworthy tarikan menarik di Melaka oleh STAIL.MY

Pustaka yang terletak di Jalan Hang Jebat ini jarang diketahui ramai. Jika kamu seorang ulat buku, Jonker Street Library adalah lokasi yang sesuai buat kamu mengisi masa senggang di Melaka. Terdapat pelbagai buku sejarah, budaya dan keagamaan untuk bacaan. Kebanyakan buku di Jonker Street ini disumbangkan oleh orang awam.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE