SEARCH

6 WATAK IKONIK JARED LETO SEBELUM THE JOKER

6 WATAK IKONIK JARED LETO SEBELUM THE JOKER

JaredLeto(POST)_stailMYJared Leto pelakon lelaki yang memenangi anugerah daripada dua majlis anugerah paling berprestij di Amerika Syarikat; Academy Awards dan Golden Globes. Jared Leto (44) masih belum puas bereksprimentasi.  Saksikan tranformasi dramatiknya sepanjang karier di layar perak Hollywood, dari hanya sebagai watak sampingan dalam filem ‘Fight Club’ (1999) sehingga diangkat sebagai watak utama dalam filem ‘The Suicide Squat’ (2016) sebagai Joker.

PIC1-FIGHT-CLUB-(ATAS-POINT-TEKS)FIGHT CLUB (1999)
“Aku seperti menghancurkan sesuatu yang sempurna,” imbas Edward Norton (watak utama) ketika babak menumbuk muka Jared Leto dalam filem thriler-pyscho arahan David Fincher ini.

Bidadari lelaki berambut putih esentrik ini sudah pun berjaya menggayakan gaya rambut ‘Platinum Blonde’, jauh lebih awal dan ketika saat Lucky Blue Smith masih seorang bayi lagi. Leto melunturkan warna rambut dan keningnya untuk diwarnakan putih. Ia menunjukkan betapa Leto serius dalam bidang lakonan walau hanya sebagai watak sampingan.

PIC2-AMERICAN-PSYCHO-(ATAS-POINT-TEKS)AMERICAN PSYCHO (2000)
Masih baru dalam bidang lakonan, Leto memegang watak pembantu sebagai Paul Allen, seorang pekerja bank muda yang berjaya. Watak ini dimainkan oleh Leto dengan baik sekali dan setanding watak utama yang sangat ‘bersih’ pada masa sama ‘psycho’. Nampaknya, Leto memang gemar berlakon dalam filem pyscho mungkin?

PIC3--REQUIEM-FOR-A-DREAM-(ATAS-POINT-TEKS)REQUIEM FOR A DREAM (2000)
Sanggup menahan lapar demi menghayati watak sebagai seorang penagih heroin, Harry Golfarb di dalam filem arahan Darren Aronofsky ini. Memegang watak pemuda desa di Coney Island, Leto mengaku selain untuk menghidupkan watak (fizikal penagih), dia sengaja berlapar untuk menyelami pemikiran seorang penagih dadah. Leto dikatakan kehilangan hampir 30 kilogram berat badan gara-gara pengambilan hanya sayur-sayuran sebagai hidangan utamanya.

PIC4---LONELY-HEARTS-(ATAS-POINT-TEKS)LONELY HEARTS (2006)
Pelakon yang berdedikasi pada setiap watak yang dilakonkannya kali ini memegang watak sebagai pembunuh bersiri terkenal Amerika pada era 1940-an. Leto sebagai Raymond Fernandez berjaya menghidupkan watak pembunuh bersiri yang terkenal dengan masalah keguguran rambut ini. Rambut Leto sendiri dikikis dan tidak memakai sebarang rambut palsu sepanjang penggambaran filem ini.

PIC5--CHAPTER-27-(ATAS-POINT-TEKS)CHAPTER 27 ( 2007)
Jika sebelum ini dia berlapar untuk tampil kurus dalam filem Requiem For a dream, kini Leto perlu makan sebanyak yang dia boleh untuk menghayati watak pembunuh John Lenon, Mark David Chapman.

“Ketika membaca skrip, saya hanya perlu menambah berat badan sebanyak 67 pounds (30kg), tetapi sejurus selepas melihat gambar Chapman, saya sedar fizikal dan berat lelaki ini harus lebih untuk saya lakonkan,” jelas Leto ketika ditemuramah LA Times. Leto hampir mendapat penyakit gout akibat watak ini.

PIC6-DALLAS-BUYERS-CLUB-(ATAS-POINT-TEKS)DALLAS BUYERS CLUB (2013)
Filem ini lah yang mengangkat tinggi nama Jared Leto dalam dunia layar perak Hollywood. Lakonan Leto akhirnya mendapat pengiktirafan dengan memenangi anugerah ‘Best Supporting Actor’ di dua majlis anugerah paling berprestij di Hollywood ini. Leto sanggup kebuluran demi menghidupkan watak wanita transgender yang menghidapi HIV. Penurunan berat badan Leto yang ekstrem dirakam jurugambar fesyen, Terry Richardson sepanjang penggambaran.

Satu temubual dengan The Wrap menyingkap, “Saya berhenti makan secara drastik. Mula-mula saya kehilangan kira-kira 30-40 pounds (13-18kg). Kemudian saya hilang kira berat badan saya. Ia merubah cara kamu berjalan, duduk malah cara kamu berfikir,” akhiri Leto.

LAST-PIC-(BAWAH-SEKALI-SELEPAS-POINT-TEKS-TERAKHIR)

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE