SEARCH

7 Hari Kisah Cinta Langkawi: Bagaimana Memikat Hati Lelaki?

7 Hari Kisah Cinta Langkawi: Bagaimana Memikat Hati Lelaki?

7 Hari Kisah Cinta Langkawi (7HMC) dibintangi oleh Chi Azim, Josiah Hogan, Peter Davis dan Mark Adam selaku teraju utama.

Sesuai namanya, penggambaran filem romantik komedi arahan pengarah, Anwardi Jamil ini di jalankan 95% di Pulau Langkawi, Kedah. Antara lokasi-lokasi di Langkawi yang dipaparkan dalam 7HMC merangkumi Pantai Cenang, Pantai Kok, Tanjong Rhu, Skycab Langkawi dan mendapat sokongan LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi).

7HMC turut dibintangi Amai Kamarudin, Shaharuddin Thamby dan Sharifah Shahirah, termasuk pelakon-pelakon baru seperti Chi Azim, Tengku Norsaili dan Tengku Rhea. Lakon layar oleh Sarah Tang Yen Yen, 7HMC terbitan Qplex Communications Sdn Bhd bersama Point Studios dengan kerjasama Point College.

Sinopsis 7 Hari Kisah Cinta Langkawi

SINOPSIS 7 HARI KISAH CINTA LANGKAWI

Filem bergenre komedi romantik ini sesuai untuk tontonan golongan remaja di era media sosial dewasa ini. Ia berkisahkan tentang vlogger popular bernama Adira (dilakonkan oleh Chi Azim) yang mengguna nama pena Diva Asmara di laman vlognya. Dia terkenal kerana kerap memuatnaik kata-kata nasihat dan motivasi kepada ribuan pengikutnya tentang permasalahan cinta remaja dan bagaimana cara mengatasinya.

Apabila dia menulis senaskah buku bertajuk ‘Cara Memikat Lelaki Dalam 7 Hari’, seorang lagi vlogger di Langkawi bernama Joe (dilakonkan oleh Josiah Hogan) mencabar Adira untuk membuktikan keberkesanan saranan bukunya itu. Adira enggan melayan cabaran tersebut, tetapi pembantu peribadinya, Eli (dilakonkan oleh Tengku Norsaili) mendesak Adira untuk menyahut sahaja cabaran yang alang-alang sudah tular itu.

Muslihat cabaran yang dilontarkan kepada Adira, bukanlah untuk Joe jatuh cinta padanya, melainkan untuk Adira memikat kawan Joe bernama Ben (dilakonkan oleh Peter Davis) yang berasal dari United Kingdom. Situasi bertambah rumit dengan kehadiran kawan mereka yang ketiga, Nik (dilakonkan oleh Mark Adam) yang sering mengganggu rancangan Joe untuk merosakkan reputasi Adira sebagai vlogger tersohor.

Pada masa sama, ayah Adira, Datuk Rahim (dilakonkan oleh Shahruddin Thamby) mengharapkan anak jantan rakan niaganya, Zul (dilakonkan oleh Amai Kamarudin) segera ke Langkawi untuk memikat hati anaknya, Adira. Datuk Rahim berkenan untuk menjadikan Zul sebagai menantunya.

Akhirnya, Siapakah yang akan berjaya membuktikan cabaran mereka? Adira? Joe? Nik? Zul? Atau Ben?

Nantikan tayangan 7 Hari Kisah Cinta Langkawi bermula hari ini (31 Oktober 2019) di pawagam terpilih seluruh negara. Cukup-cukuplah dengan cerita dan filem ganas, seram dan aksi. Luangkan pula masa senggang kamu dengan filem romantik komedi seperti ini. #supportlocal #sokongtempatan #7hmc

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE