SEARCH

7 Lagu Raya Pilihan STAIL.MY Untuk Raikan Raya Kamu Dengan Penuh Stail!

7 Lagu Raya Pilihan STAIL.MY Untuk Raikan Raya Kamu Dengan Penuh Stail!

Kita semua menyukai lagu raya, juga lagu-lagu nostalgia Hari Raya seperti lagu legenda, “Selamat Hari Raya” nyanyian primadona Malaya, Saloma atau pun “Balik Kampung” dendangan Dato’ Sudirman Haji Arshad, yang paling tidak, pasti didengari sepanjang Syawal.

Perkara pertama yang hadir dalam fikiran ketika mendengar lagu raya adalah nostalgia dan memori zaman kecil yang dibawa bersama. Dari lagu raya klasik kepada yang bernada baru, dengarkan lagu-lagu perayaan terbesar negara kita dalam nada yang pasti mengusik kalbu.

Senarai main lagu raya tahun ini saya susunkan dengan santai, dengan nilai sentimental dan mengikut pilihan sidang redaksi STAIL.MY.  Bermula dari zaman seniman agung P. Ramlee hinggalah yang popular pada zaman 80’an dan 90’an serta diakhiri dengan rentak etnik oleh penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

NIKMATILAH LAGU RAYA INI DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, STAIL.MY UCAPKAN ????

1) ‘SUARA TAKBIR’ – P. rAMLEE (u.d.)

“Ia mengingatkan saya tentang keringkasan Hari Raya. Ia mudah dan ringkas. Ia tentang perhubungan dengan keluarga dan sanak saudara. Semasa saya pulang ke kampung halaman di Kuching, Sarawak.” – Ardi Idewani, Pengarang Fesyen

 

2) ‘Selamat Hari Raya’Saloma (1955)

“Saya sangat gemar mendengari lagu ini kerana ia menghadirkan perasaan raya yang sangat ceria. Ia mengingatkan saya tentang memori raya zaman kanak-kanak, ketika kami mudik ke kampung, berjumpa arwah atuk dan nenek. Ketika saya bermain bunga api, makan hidangan raya dan dapat duit raya!” – Merrissa Emilda, Pengarah Kreatif

 

3) ‘selamat hari raya’ – sharifah aini (1977)

“Lagu ini menangkap esen Hari Raya. Apa yang terjadi dan perasaan bahagia menyambutnya. Yang paling penting, Sharifah Aini menyanyi tentang makanan tradisional kita, mengajak kita memakan ketupat dan rendang, sesuatu yang sangat saya nantikan setiap kali datangnya Hari Raya (ketawa)” – Zaidi Che, Penulis Budaya

 

4) ‘menjelang hari raya’ – DATO’ DJ DAVE (1977)

“Lagu ini mengingatkan saya kembali ketika waktu kecil bersama seluruh sanak saudara di kampung. Ia adalah lagu wajib untuk kami berkaraoke, setiap kali lagu ini dimainkan ketika kami bermain bunga api dengan penuh girang.” – Amira Azman, Penulis Kecantikan

 

 5) ‘LENGGANG MAK LIMAH’ – hALIL CHIK & TRIO MANJA (1978)

“Ia mewujudkan satu watak (Mak Limah) yang kita tidak tahu gerangannya siapa? Dan Halik ibarat penglipur lara yang menceritakan peristiwa raya Mak Limah.

Suara Trio Manja menambah keunikan lagu tersebut, seakan ajukan nasib setiap peristiwa yang menimpa Mak Limah. Selain melodinya yang tidak bingit dan laju, ia ibarat cerita seloka yang sememangnya berbeza dengan lagu-lagu raya yang lainnya.” – Ryan Mohamad, Pengarang Gaya Hidup

 

 6) ‘Suasana hari raya’ – anuar zain & ellina  (1985)

“Lagu raya seharusnya menghadirkan perasaan gembira dan ceria kerana kita meraikan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Lagu ini mengandungi intipati kemeriahan Hari Raya dan menangkap tepat maksud Aidilfitri dengan sempurna.” – Azreezal Hafidz, Ketua Pengarang

 

7) ‘Sesuci Lebaran’ – Dato’ Sri Siti Nurhaliza (2003)

“Saya pilih Sesuci Lebaran nyanyian Dato’ Sri Siti Nurhaliza kerana apabila saya mendengar lagu ini, saya rasa semangat raya yang berkobar-kobar. Lirik dan melodinya sangat kena dengan Hari Raya. Perasaaan begitu seronok untuk menyambut Hari Raya.” – Ashura Hakim, Pengarah Seni

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE