SEARCH

Oh No! No More Evan Peters! Kenali 7 Pelakon American Horror Story 1984

Oh No! No More Evan Peters! Kenali 7 Pelakon American Horror Story 1984

Another year, another season of American Horror Story (AHS). Kali ini bertajuk American Horror Story 1984 (AHS9) yang masih lagi di bawah bimbingan pencipta, sutradara dan penerbit Ryan Murphy.

Terima kasih kepada video Murphy di Instagram, sekarang kita dapat mengetahui siapa yang bakal berlakon untuk AHS9. Spoiler alert! Our eye candy, Evan Peters dan Sarah Paulson tidak kelihatan!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryan Murphy (@mrrpmurphy) on

Seperti yang diketahui, iklan acah untuk AHS9 mempamerkan seorang wanita yang berlari bagi menyelamatkan nyawa di dalam hutan kerana dikejar pembunuh yang bersenjatakan pisau. Sepertinya AHS9 ini memberi penghormatan kepada filem slasher remaja 80an yang terkenal seperti ‘Friday the 13th’, ‘Nighmare on Elm Street’, ‘Summer Camp Nightmare’ dan ‘Sleepaway Camp’ yang bersatu untuk AHS9.

In which case: Bring. It. On.

Sarah Paulson Pelakon American Horror Story 1984

7 PELAKON AMERICAN HORROR STORY 1984

 

GUS KENWORTHY

Gus Kenworthy Pelakon American Horror Story 1984

Surprise! Pemain ski Olimpik, Gus Kenworthy akan menyertai AHS9 sebagai watak utama.

“Suatu momen istimewa apabila kamu menyedari akan ada pemain ski Olimpik yang akan menjadi teman lelaki kepada Emma Roberts dalam sinema sejagat AHS,” tulis Murphy dalam kapsyennya, berkongsi video pertama Gus Kenworthy untuk AHS9.

Sebelumnya, Gus pernah berlakon untuk filem ‘The Real O’Neals’ dan ‘Sharnado 5’.

 

EMMA ROBERTS
Emma Roberts Pelakon American Horror Story 1984

Madison Montgoery, is that you? Menurut video Instagram Murphy, Emma akan memainkan watak utama sebagai teman wanita kepada watak lakonan Gus nanti. Sama ada dia akan memainkan watak sedia ada atau watak baharu, sama-sama kita nantikan.

 

CODY FERN

Cody Fern Pelakon American Horror Story 1984

Mr Antichrist himself, Cody Fern akan kembali menyarung baju peluh untuk AHS9! Sekurang-kurangnya masih ada eye candy untuk musim ini.

 

BILLIE LOURD

Billie Lourd Pelakon American Horror Story 1984

Billie Lourd bakal membuat bangga kepada ibunya, Carrie Fisher dengan penampilan 80an nya ini. Mempamerkan attitude yang sassy, kami jangkakan wataknya ini sebagai gadis pemberontak dalam AHS9.

 

MATTHEW MORRISON

 Matthew Morisson Pelakon American Horror Story 1984

Menyertai sinema sejagat AHS buat pertama kali, bekas guru vokal dan alumni GLEE, Matthew Morrison akan menyarung seluar katok dengan penampilan ‘aset besar’ nya itu.

 

ANGELICA ROSS

Angelica Ross Pelakon American Horror Story 1984

OMG! Angelica Ross is in the house!

Pelakon transjantina ini memang layak menyertai AHS9. Siapa yang tidak kenal Angelica yang pernah membintangi ‘POSE’?!.

 

DERON HORTON

Deron Harton Pelakon American Horror Story 1984

Dan akhir sekali, pelakon ‘Dear White People’, Deron Horton juga akan rockin’ those 80’s shorts dalam American Horror Story: 1984.

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE