SEARCH

7 T-Shirt Budaya Pop Stailish Sempena UNIQLO UT 2018

7 T-Shirt Budaya Pop Stailish Sempena UNIQLO UT 2018

UNIQLO Malaysia melancarkan  koleksi UNIQLO UT Wear Your World (Uniqlo UT 2018), aneka t-shirt bercorak stailish dari budaya pop terkenal di 1Utama Shopping Centre, baru-baru ini.

Rangkaian t-shirt Uniqlo UT 2018 ini terdiri daripada 7 budaya pop terkenal merangkumi syarikat-syarikat Jepun seperti Bandai Namco Entertainment dan Taito, syarikat komik Manga Jepun – Jump, corak-corak tradisi Asia seperti Katagami dan Hokusai Katsushika, koleksi Disney dan SPRZ Art menampilkan pereka-pereka fesyen terkenal seperti Keith Haring, Andy Warhol dan Jean Michel Basquiat.

Falsafah Uniqlo UT 2018 adalah t-shirt yang bukan sekadar t-shirt. Ia inspirasi kendiri.

Siapa diri kamu dan apa personaliti kamu. Apa yang pernah kamu harungi dan apa yang kamu cintai. Dengan ratusan corak yang dihasilkan UNIQLO saban tahun, mustahil untuk kamu tidak menjumpainya di koleksi Uniqlo UT 2018 ini.

Koleksi UNIQLO bersama Bandai Namco Entertainment akan memberi fokus pada permainan video klasik era 80’an iaitu Pacman. Sedangkan Taito pula, UNIQLO akan menghasilkan rangkaian t-shirt dengan tema Space Invaders yang kebetulan menyambut ulangtahun ke-40 pada tahun ini sejak kali pertama pada 1978.

Untuk rangkaian Disney, UNIQLO memaparkan koleksi pereka legenda Andy Warhol dan berkolaborasi dengan Kate Moross, pereka fesyen berusia 32 tahun yang kuat dengan seni typography dan warna-warna pop yang cerah. Moross sering kali mengguna warna-warna pelangi di rekaannya. UNIQLO akan bergandingan bersama pereka-pereka ini bagi menghasilkan Mickey dan Minnie Mouse yang comel dan ikonik.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE