SEARCH

8 Momen Ikonik Sebelum Kamu Menonton Musim Baru ANTM 24

8 Momen Ikonik Sebelum Kamu Menonton Musim Baru ANTM 24

Guess who’s back? The amazing Tyra Banks! Ya kamu dengar saya, Tyra Banks kembali untuk mengemudi program pertandingan realiti nombor satu dunia peragaan, American’s Next Top Model 24 (ANTM 24).

Kita sudah kenal sangat dengan kalimat “You wanna on top?” oleh Tyra Banks sejak 2003 hingga 2017 sepanjang program American’s Next Top Model (ANTM) ini berlangsung. 23 musim (cycle) kita melihat mereka ketawa, menangis dan slay the runway bersama.

Jadi sempena musim baru atau sebelum kamu menonton ANTM 24 ini, baiklah imbas kembali 8 momen ikonik ANTM sepanjang zaman, yang saya susunkan seperti di bawah:

 

1 – Satu kata: SMIZE

It’s like a smile but with your eyes. Atau dengan lebih tepat, senyum guna mata. Musim pertama ANTM, Tyra mencipta perkataan “Smize” ini sebagai panduan kepada peserta-peserta bagaimana untuk menggayakan sambil memberi ekpresi pada wajah. Sampai musim 24 “Smize” masih lagi diungkapkan.

 

2 – Tyra Mengamuk

Masih ingat lagi peserta ini? Tiffany Richardson dari ANTM 4 yang membuatkan Tyra naik berang. Selain menjadi antara momen paling ikonik ANTM, ia juga melahirkan quote paling terkenal sepanjang program realiti ini berlangsung.

I was rooting for you, we were all rooting for you!” –  Tyra Banks

 

3 – Winnie Harlow

Kelahiran supermodel unik bernama Winnie Harlow. Sayang sekali dia tidak menang pada musimnya, tetapi Winnie tetap meninggalkan bekas pada dunia peragaan. Tyra Banks mengagumi keunikan yang diperolehi Winnie walaupun dia menghidapi Vitiligo (simptom kekurangan pigmentasi kulit) dan memberi dia peluang untuk bertanding di ANTM 21.

 

4 – The Makeovers

Saya (mungkin semua orang) paling suka episod yang melibatkan makeovers. Selalunya dijalankan pada minggu kedua, selepas pengenalan peserta pada episod pertama. Sementara ramai yang berubah 180 darjah, ada juga peserta yang tidak gemarkan penampilan baru mereka. Ada yang gembira dan ada yang duka seperti tiada lagi hari esok.

 

5 – Konsep yang kreatif

ANTM 24 by stail.my 5

Salah satu kekuatan ANTM. Konsep penggambaran dan foto-foto yang dihasilkan sangat menakjubkan. Tyra bijak menyusun konsep sesuai musim dan isu hangat yang terjadi pada tahun sesuatu musim itu berlangsung. Saya jangkakan musim baru ini mungkin lebih banyak yang berkonsepkan politik (Donald Trump Vs Hillary Clinton) atau isu-isu hak asasi manusia (#metoo #timesup #blacklivesmatter).

 

6 – Nyle DiMarco

Sedang kita suka melihat pertempuran antara peragawati-peragawati (juga drama… jangan lupa drama), pertembungan mereka dengan peragawan juga sesuatu yang menarik. Walaupun Keith Carlos (ANTM 20) muncul sebagai juara lelaki pertama ANTM, nampaknya Nyle DiMarco (ANTM22) lebih menyerlah di pentas peragaan dunia.

 

7 –  Kepelbagaian

Melihat Tyra mengubah peserta-peserta ini ke satu tahap yang lebih tinggi sememangnya satu perkara yang memuaskan. Lebih memuaskan bila melihat peragawati-peragawati dan peragawan-peragawan itu tadi datang dari pelbagai latar belakang.

 

8 – Runway Akhir Yang Spektakular

Dari berjalan meniti bangunan pencakar langit, hingga berjalan atas air, pentas akhir ANTM tidak pernah mengecewakan. Teruja menanti apakah konsep yang bakal dibawa pula untuk runway akhir American’s Next Top Model Cycle 4.

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE