SEARCH

#STAILEksklusif Afgan Dilamun Cinta! Dengan Siapa?

#STAILEksklusif Afgan Dilamun Cinta! Dengan Siapa?

Afgan tiba sedikit lewat hari itu. Sidang media Konsert Inpirasi Afgan 2019 yang dijadualkan jam 11 pagi ditangguh sehingga jam 12 tengah hari. Namun, saya dan teman media lain mengerti kerana penyanyi lelaki ini baru sahaja terbang dari Australia pada jam 5 pagi semata-mata bagi menghadiri sidang media ini.

Begitulah dedikasi yang ditonjolkan oleh penyanyi lelaki bersuara lunak basah yang satu ini. Walaupun kelihatan lelah tetapi Afgan tetap tersenyum dan terus menghiburkan kami dengan menyanyikan ‘Lagu Cinta’ sebaik sahaja membuat kemunculan di sidang media tersebut. Dengan lesung pipit pekat di pipi, Afgan sedia melayani hadirin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by STAIL.MY (@stail.my) on

Mungkin sahaja senyuman itu berkat perkhabaran 75% tiket konsert bersama Dato’ Sheila Majid ini sudah laris terjual. Gabungan dua penyanyi tersohor Indonesia dan Malaysia ini pastinya memberi satu tenaga luar biasa dan kepuasan kepada peminat di Malaysia, tidak lupa dari Indonesia, Singapura dan Brunei.

Konsert Inspirasi Afgan 2019 adalah konsert Afgan yang terakhir (buat masa ini) sebelum dia berehat seketika dari industri muzik setelah hampir 11 tahun berkarya dan melangsungkan tiga buah konsert (termasuk konsert ini) selama tiga tahun berturut-turut di Malaysia. Ia akan berlangsung pada 5 Oktober 2019, bertempat di HGH Convention Centre, Kuala Lumpur.

Di kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk bertanyakan tentang konsert, perkembangan muzik dan status perhubungan cinta Afgansyah Reza, seperti yang tertera:

 

1 – Umum mengetahui Afgan sudah melakukan konsert selama tiga tahun berturut-turut di Malaysia, apakah kelainan yang peminat boleh jangkakan di Konsert Inspirasi Afgan ini nanti?

Apa yang saya boleh saya jelaskan, saya tidak boleh khabarkan satu persatu secara terperinci. Cuma pastinya saya akan tampil dengan band yang saya gunakan untuk konsert di Jakarta. Saya tidak pernah melakukan persembahan bersama band kegemaran saya ini di Kuala Lumpur. Saya juga akan tampilkan pengarah muzik yang baru.

Saya rasakan kali ini akan menjadi lebih bertenaga daripada pasukan muzik saya. Bagi saya, yang penting adalah muzik. Tiada akan ada aksi-aksi luar biasa seperti menyanyi sambil terbang di udara, misalnya (ketawa). Saya akan pastikan pencahayaan, visual dan susunan muzik harus hype the crowd!

 

2 – Selain Dato’ Sheila Majid, siapa lagi inspirasi Afgan?

Michael Jackson. Saya mendengar lagu-lagu Michael Jackson sedari usia kecil. Dia juga antara individu yang menarik minat saya untuk menyanyi.

 

 

3 – Afgan baru sahaja mengeluarkan single terbaru bertajuk, ‘Lenggang Puspita’. Boleh jelaskan makna di sebalik lagu ini?

Saya dedikasikan lagu ini untuk Guruh Soekarnoputra, seorang tokoh muzik dan politik Indonesia era 80-an. Guruh adalah anak bongsu kepada Presiden Indonesia pertama iaitu Soekarno Sosrodihardjo. ‘Lenggang Puspita’ bercerita tentang wanita di zaman itu dan saya bawakan ia dalam rentak kontemporari.

 

4 – Pesanan untuk peminat kamu di Instagram yang sudah mencecah 4 juta pengikut?

Pesanannya terima kasih sudah mengikuti saya. Saya amat berterima kasih. Saya baca komentar juga semuanya positif. Tidak ada yang ‘jahat’ (ketawa). Jadi saya merasa bahagia. Mudah-mudahan sosial media saya boleh memberi impak positif kepada semua.

 

5 – Kamu sudah lama ‘diam’ jika bicara soal cinta, ada apa-apa yang ingin dikongsi bersama peminat? Siapa cinta hati Afgan, sekarang?

Saya masih mengekalkan sudut privasi dalam kehidupan cinta saya. Saya rasa saya lakukan ia dengan baik sekali (ketawa). Saya tidak mahu berkata apa-apa. YA, saya sedang bercinta dengan ‘seseorang’. Doakan yang baik-baik sahaja (senyum).

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE