Malam Ahad, 11 Februari menyaksikan “Jampi” nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi, Hael Husaini bersama komposer, Ezra Kong menjulang trofi Anugerah Juara Lagu 2018 (AJL 32).
Kembali bersiaran di Axiata Arena Bukit Jalil, trofi AJL 32 kali ini bertatahkan permata Swarovski berkat sentuhan pereka fesyen, Rizman Ruzaini sempena tema “Fesyen & Muzik”.
Pentas penuh prestij yang dianjurkan oleh TV3 sejak 1986 ini memberi pengiktirafan pada seni indah ciptaan pemuzik Malaysia, khususnya pencipta lagu, penulis lirik dan penyanyi.
Sebelumnya, 12 finalis (termasuk Hael Husaini) layak masuk bertanding usai berakhirnya Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 pada November, tahun lalu.
Energi malam AJL 32 cukup meriah dengan persembahan pembuka penuh bertenaga dari Stacy bersama Waris dengan diringi petikan gitar solo daripada Edrie Hashim dan AG Coco.
Saling melengkapi dan bergerak seiring masa, persembahan penutup pula menggabungkan penyanyi-penyanyi era 60-an seperti Datuk A. Rahman Hassan, Datuk Jeffrydin bersama Datuk Awie dan Siti Sarah menutupi acara.
Saya berkesempatan menonton AJL 32 di ruang media secara langsung di sana – silakan bersetuju atau tidak – ini turutan jujur persembahan finalis dari tangga 12 hingga pertama dari sudut pandang dan perspektif STAIL.MY:
12 - BAYANG
Penyanyi: Khai Bahar
Komposer: Alam
Lirik: Patrick Anohada
Mungkin kerana faktor penampilan sulung, persembahan penyanyi lelaki yang sangat melonjak naik di kalangan generasi Milenial ini belum sampai lagi taraf peringkat akhir.
11 - WARKAH UNTUK KU
Penyanyi: Ara Johari
Komposer: Hang Nadim
Lirik: Laq
Atas alasan mengalami masalah suara, suara Ara kedengaran serak dengan begitu jelas sekali. Namun, dia sendiri akui di satu temuramah, yang dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan seperti demam atau bengkak tekak. Ara redha jika persembahannya tidak mencapai jangkaan peminat.
10 - MENAHAN RINDU
Penyanyi: Wany Hasrita
Komposer: Ibnu & Gouffran
Lirik: Ibnu & Gouffran
Apa yang boleh saya katakan, saya terhibur dengan persembahan Wany dan hanya sekadar terhibur.
9 - AKU YANG SEBENAR
Penyanyi: Hazama
Komposer: M. Nasir
Lirik: Ad Samad
Antara lagu yang bukan bertemakan percintaan. Lirik yang membekas dan tiada yang kurang dalam persembahan Hazama. Semuanya baik-baik sahaja.
8 - AKU CINTA
Penyanyi: Syamel & Ernie Zakri
Komposer: Syamel
Lirik: Syamel
Cukup-cukuplah dengan lagu cinta. Ia lagu cinta klise. Tetapi persembahan yang baik daripada kedua-dua penyanyi.
7 - SEJATI
Penyanyi: Azmi Caliph Buskers
Komposer: Faizal Tahir & Mike Chan
Lirik: Faizal Tahir & Mike Chan
Sketsa yang bagus di awal persembahan. Props persembahan yang sederhana tetapi membangkit suasana. Satu-satunya lagu dan lirik yang berunsurkan ketuhanan. Azmi menyanyi ikhlas dari hati. Sayangnya saya tidak merasakan faktor 'wow' di dalam persembahannya.
6 - AKHIRNYA CINTA
Penyanyi: Salma
Komposer: Ajai
Lirik: Slen
Salmah bermula sedikit lambat menarik perhatian penonton. Sampai pertengahan hingga akhir lagu barulah dia mula memacu vokal, sehingga mendapat tepukan gemuruh dan standing ovation pertama malam AJL 32.
5 - JAMPI
Penyanyi: Hael Husaini
Komposer: Hael Husaini & Ezra Kong
Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong
Pembawaan lagu dan susunan muzik yang segar. Hael berani bereksprementasi dengan keluar dari landasan komersial.
Terus terang saya katakan saya tidak sangka ketika namanya diumum sebagai juara. Bukan saya seorang sahaja tetapi seluruh stadium turut terdiam dan terkesima. Ramai juga yang keluar stadium setelah itu.
Vokal Dayang tidak perlu diragui lagi. Cuma gubahan lagu yang diubah, sedikit sebanyak mengurangkan momentum dan klimaks persembahan. Kegemilangan lagu itu agak berkurangan.
3 - LEBIH SEMPURNA
Penyanyi: Syamel
Komposer: Edry Abd Halim & Boy Anaz
Lirik: Syamel
Selayaknya dia memenangi vokal terbaik. "Lebih Sempurna" dinyanykan Syamel begitu sempurna sebagai lagu pembuka persembahan AJL32
2 - TERGANTUNG SEPI
Penyanyi: Haqiem Rusli
Komposer: Gouffran & Ibnu
Lirik: Gouffran & Ibnu
Sejujurnya saya mendamba Haqiem Rusli sebagai Juara AJL 32. Sudah sampai masanya industri mengangkat bakat muda.
Namun sebenarnya, dia boleh nyanyi yang lebih baik daripada malam itu tadi. Mungkin kerana dia terlalu emosi sehingga menggangu persembahan? Pembukaan lagu dengan sajak patut diberi puji-pujian.
Persembahan yang paling kreatif, havoc dan stail-lish. Altimet pandai memadukan unsur tradisional dengan moden. Penguasaan pentas yang terbaik. Tenaga yang tak berhenti sudah.
Seluruh Axiata Arena bergempita tika Altimet menyampaikan #Amboi. Mungkin kerana faktor lirik yang banyak mengguna pakai bahasa kolokial atau basahan membuatkan "Amboi" tidak memenangi gelaran AJL 32.
Leave a Reply