SEARCH

Layan Akustik ‘That’s What I Like’ Ini Buat Vibe Khamis Kamu Jadi Lagi Cool & Gembira

Layan Akustik ‘That’s What I Like’ Ini Buat Vibe Khamis Kamu Jadi Lagi Cool & Gembira

Bruno Mars dan The Hooligans bersahaja menyampaikan ‘That What I Like’ secara akustik funky di rancangan temu bicara bersama Charlie Rose.

Susunan muzik bermula dengan gitar, bass dan piano, sementara dua lagi ahli The Hooligans hanya mengguna kedua belah tangan mereka dengan menepuk-nepuk meja. Lampu sorot utama persembahan ini tentulah suara Mars yang lantang dan lunak. Nampak harmoni sahaja persembahan mereka.

Mars juga duduk berbual bersama Rose, di mana dia bercakap soal ‘That’s What I like’ dan perihal album “24k Magic” yang mendapat inspirasi dari tokoh-tokoh muzik yang Mars kagumi sejak di bangku sekolah lagi. Antaranya, Jimmy Jam, Terry Lewis, New Edition dan Mariah Carey. Yup, folks. Diva Mariah.

“Saya selalu menari di acara-acara sekolah, di barbeku misalnya,” imbas dia. “Jadi, saya rasa saya ingin menangkapi perasaan ketika itu. Saya teringatkan lagu-lagu nyanyian mereka dan impaknya terhadap perkembangan muzik saya,” ujarnya.

Man… it was fun to dance.. it was cool to smile and flirt with a girl” – Bruno Mars

Mars juga berceritakan tentang peranan muzik dalam dunia yang sedang bergolak. Dia mengaku dia amat “bertuah” kerana mampu menyatukan manusia dalam sesebuah konsert hanya dengan muziknya.

“Kami cuba membawa vibe positif. Semua orang menyanyi, semua orang berdansa. Seperti semua orang sedang bercinta.” kata Mars. “Ia malam yang cukup sempurna. Mungkin saya tidak sedar apa yang saya lakukan, tetapi saya tahu saya mencipta dunia saya sendiri. Mencipta Amerika saya sendiri. Saya mencipta sesuatu yang saya ingin rasa hari-hari,” akhiri Mars dengan senyuman lebar.

Mars sedang menjalani kembara muzik 24k Magic seluruh Amerika Syarikat yang berakhir 21 Disember di Washington D.C, sebelum memulakan Jelajah Dunia 24k Magic dan singgah di Malaysia pada 9 Mei 2018.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE