SEARCH

8 Qs With Queen of Move On: Dua Lipa – Berbual Tentang Ex Boyfriend & IDGAF

8 Qs With Queen of Move On: Dua Lipa – Berbual Tentang Ex Boyfriend & IDGAF

Dua Lipa melangsungkan konsert sulung di Malaysia, Dua Lipa Live in KL 2018 pada tanggal 3 Mei 2018 di KL LIVE. Ini bukan pertama kali dia beraksi di Malaysia. Tahun lalu, Dua Lipa turut membuat persembahan di Good Vibes Festival 2017.

Berbeza tahun ini, STAIL.MY diberikan peluang (terima kasih Warner Music Malaysia dan Comma PR 😘) dan kepercayaan bagi menemubual dan beramah mesra bersama the one and only miss Dua Lipa, secara eksklusif di belakang pentas.

Nah, 8 soalan bersama Queen of Move On, Dua Lipa yang sempat kami tanyakan sepanjang momen amazinggg tersebut:

Dua Lipa LIVE IN KL 2018 1

1 – Selain penyanyi, kamu juga bergelar pemuzik. Bagaimana kamu menciptakan sesebuah lagu?

Bagi saya, tiada satu pun genre yang saya tidak dengar atau yang tidak berkaitan dengan diri saya. Ia diterjemahkan dalam album terbaru saya yang bertajuk “Dua Lipa” (2017). Ia punya muzik, rentak dan ritma pelbagai variasi genre.

2 –  Single terbaru kamu, IDGAF. Adakah ia berdasarkan kisah benar? Jika ya, kongsikan pada kami. Ada kisah di sebaliknya?

Ya, ia kisah benar (senyum sambil ketawa). Ia kisah cinta monyet saya ketika berusia 17 tahun. Dia (bekas kekasih) sangat ‘kejam’ terhadap saya. Dan apabila saya sudah mula terkenal dan bergelar artis, secara tiba-tiba dia ingin kembali menjalin hubungan semula.

Mesej saya bertanyakan khabar dan pelbagai alasan klise yang lain. Saya fikir, kenapa dia tiba-tiba ambil berat sekarang? Aneh bukan? Saya seperti orang mati yang tidak merasakan apa-apa, beberapa bulan selepas kami putus hubungan. Sekarang dia mahu kembali? Not too soon.

Insiden ini lah yang memberi saya inspirsi menuliskan lagu IDGAF ini.

3 – Jadi, adakah kejayaan dan populariti sekarang, mengekang atau melemaskan kamu?

Boleh dikatakan ya. Namun saya masih merasakan saya artis yang masih baharu. Terlalu banyak perkara yang ingin saya lakukan. Akhirnya saya sangat berbesar hati dan berterima kasih kepada peminat-peminat, pengurusan dan penaja.

They love the music and they love me .Ia memberi idea kepada saya untuk membikin album yang akan datang tentang orang-orang sekitar saya dan peristiwa cinta yang banyak mengajar dan memberi inspirasi sepanjang karier muzik saya.

4 – Tumpang tanya, kenapa kamu menamakan album kamu dengan nama kamu sendiri (Dua Lipa)?

Saya menulis lagu-lagu di dalam album ini sejak dua tahun lalu dan saya tidak dapat mencari tajuk yang benar-benar sesuai dengan lagu-lagu tersebut. Saya rasakan terlalu banyak emosi yang dilimpahkan, kenangan dan memori.

Saya rasakan amat sukar buat saya menemukan perkataan atau ayat yang dapat merumuskan album ini. Akhirnya saya membuat keputusan untuk menamakan album ini sebagai nama saya sendiri. Album ini adalah saya dan pengenalan muzik saya kepada dunia.

Dua Lipa LIVE IN KL 2018 2

5 – Apakah makna yang tersirat di sebalik kulit album ini?

Saya hanya mahu kelihatan ‘strong’ dan saya tahu saya tidak akan berasa bosan setiap kali memandangnya. Konsep warna dan pencahayaan juga sangat kena dengan lagu dan muzik video di dalamnya. It’s describe my music, perfectly.

6 – Tiap kali kamu mengeluarkan lagu, pernahkah kamu beranggapan yang ia akan terkenal?

Tidak. Saya tidak pernah terfikir begitu. Yang saya mahu, semuanya bercambah dengan sihat. Mengharapkan lagu itu apabila didengari, dapat menyentuh sanubari. Saya tidak pernah mengharapkan lagu-lagu saya semata-mata menjadi terkenal.

7 – Antara melodi dan lirik, yang mana kamu lebih suka?

I’m more on lyric kind of person. Bagi saya, ia selalu tentang lirik saya. Saya cinta sesuatu yang dituliskan. Saya sanggup menukar atau merangka melodi baru jika tidak lancar dengan lirik.

I guess I love stories. Cerita-cerita yang tersemat indah dalam lagu. Dan ketika kamu dapat memahami sesuatu situasi atau kisah dalam sesebuah lagu.

8 – Keputusan muzik yang terbaik pernah kamu lakukan?

Boleh dikatakan pada awal karier muzik saya. Pada mula, saya diberikan pelbagai tawaran untuk menyanyikan lagu-lagu pop arus perdana. Namun saya tolak kesemuanya. Saya mahu orang mengenali saya dengan citarasa muzik saya sendiri. Muzik yang berlainan daripada artis-artis Hollywood yang sedia ada. Ia membantu saya ‘menjumpai’ muzik saya dan siapa saya sebagai seorang artis (senyum).

Dua Lipa LIVE IN KL 2018 3

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE