SEARCH

Alif & SonaOne Rap Yang “Obvious” Untuk Kamu Percaya Diri

Alif & SonaOne Rap Yang “Obvious” Untuk Kamu Percaya Diri

Apabila Alif dan SonaOne bekerjasama untuk lagu, keajaiban yang bakal dihasilkan pasti ketara atau boleh kita sebut Obvious di dalam kamus Bahasa Inggeris.

Gabungan dua penyanyi rap serba boleh ini sesuai dengan status mereka sebagai artis bernama besar di Malaysia dan Singapura. ‘Obvious’ adalah kerjasama pertama dua rakan di bawah naungan Sony-Kartel ini dan ia melambangkan kehebatan gabungan bakat dua negara ini selain bukti kebolehan masing-masing.

Diterbitkan dan ditulis bersama oleh Alif dan SonaOne sendiri, ‘Obvious’ menerima adunan bertaraf dunia, sentuhan dari Jimmy Cash dari Cha Ching Studios North Hollywood, California dan calon Grammys – Chris Athens dari Chris Athens Masters Austin, Texas.

SonaOne dengan gaya rapnya yang tersendiri serta Alif dengan naluri pop yang menjadikan ‘Obvious’ satu gabungan cool. Namun ‘Obvious’ bukanlah tentang gaya semata-mata, intipati lagu sebenarnya terletak pada mesejnya yang memperkasa.

“Mulanya kami menulis lagu ini sebagai satu penghormatan kepada keyakinan diri seorang wanita. Semakin kami mendalami subjek ini kami sedar bahawa mesej yang terkandung di dalamnya lebih besar dan boleh dikaitkan dengan semua,” jelas Alif dan SonaOne berkenaan konteks ‘Obvious’.

Obvious Sonaone ft Alif by STAIL.MY 1

Kadangkala manusia terlalu hiraukan apa yang orang fikirkan tentang mereka, sampai mereka lupa apa yang ada di hadapan mata. Tentang perkara-perkara kecil tetapi penting berkenaan diri mereka yang sebenarnya sangat ketara atau ‘Obvious’ di mata semua” – Alif & SonaOne

Saya kira ‘Obvious’ akan menjadi satu lagu yang mampu bertahan lama dan sangat sesuai dengan waktunya. Alif dan SonaOne menerbitkan satu penawar buat mereka yang rasa ragu diri, kurang keyakinan diri serta mereka yang hanya pentingkan ciri-ciri luaran sahaja.

Dalam ‘Obvious’, Alif dan SonaOne membawa perutusan yang amat positif dalam suasana yang penuh cabaran. Ia mungkin kedengaran klise dan pernah didendangkan sebelum ini di lagu-lagu antarabangsa yang lain, tetapi ‘Obvious’ lebih mencerminkan permasalahan sosial yang membelenggu fikiran separa sedar golongan belia kita.

Obvious bakal didapati secara penstriman atas talian dan boleh dimuat-turun di semua platform digital bermula 26 Oktober 2018.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE