SEARCH

Alif & Sonaone ‘Pun Boleh’ Rap Dalam Bahasa Melayu

Alif & Sonaone ‘Pun Boleh’ Rap Dalam Bahasa Melayu

Alif dan SonaOne tampil dengan lagu baharu bertajuk Pun Boleh yang sesuai untuk menjadikan 2019 kamu lebih bermakna dan membawa keyakinan. 

Jangan sekalipun soal kebolehan aku” – Alif & Sonaone untuk ‘Pun Boleh’

Masih meneruskan pesanan positif seperti yang disemaikan dalam lagu ‘Obvious’, penerbit dan penyanyi rap, duo Sony-Kartel ini kembali dengan single berbahasa Melayu berserta video muzik animasi arahan Eddie Ezuan terbitan 33.3.

‘Pun Boleh’ adalah satu dedikasi khas yang ikhlas, bertujuan untuk membangkitkan keyakinan diri hasil nukilan Alif dan Sonaone. Sepanjang lagu ini mereka meraikan kuasa dan potensi golongan yang sering terpinggir dalam lirik dan alunan muzik mereka. Namun dalam penyampaian mereka yang penuh santai, kebenaran dalam mesej disampaikan lagi dengan pesanan, “Kalau aku nak, aku pun boleh”.

Melengkapkan lagi, penerbitan lagu yang jitu lengkap dengan gabungan alunan hip hop, R&B, soul serta pop, menjadikan bunyi yang dihasilkan begitu gah dengan aneka warna muzik. Sebagai bukti yang mereka tidak perlu “menjerit” untuk menyanyi, ‘Pun Boleh’ mendapat adunan muzik sentuhan Jimmy Cash iaitu komposer yang sama terbabit dalam pembikinan album Travis Scott yang berjudul Astroworld (2018).

Seperti muziknya, video muzik ‘Pun Boleh’ juga mempunyai dunianya yang tersendiri. Eddie Ezuan ingin menekankan kreativiti dan potensi yang tidak berpenghujung lewat kuasa animasi sambil memterjemahkan ikatan seni muzik yang dizahirkan oleh Alif bersama SonaOne untuk lagu ini.

Oleh kerana itu, naratif video ini mengikuti perjalanan Alif dan SonaOne secara berasingan kala mereka menerokai dunia sains fiksyen yang berbeza, sehinggalah bertemu di sebuah parti epik, di mana mereka berdua akhirnya bergabung dan melangsungkan persembahan di hadapan orang ramai sebelum menaiki kapal angkasa dan berangkat ke misi mereka yang seterusnya.

Pun Boleh bunyi perubahan dan pengecualian. Sambil menempuh 2019, jadikanlah lagu ini sebagai tema pembakar semangat bagi memulakan 2019 kamu.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE