SEARCH

Persembahan Legend & Artis Baru Selamatkan AME2018. Lihat Turutan Persembahan Pilihan STAIL.MY

Persembahan Legend & Artis Baru Selamatkan AME2018. Lihat Turutan Persembahan Pilihan STAIL.MY

Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) berlangsung lesu. Walaupun berjaya dibanjiri penonton pada keseluruhan kerusi Axiata Arena, ia tidak membantu perjalanan acara yang saya anggap sedikit longgar dan terlalu meleweh.

Namun, seperkara yang mungkin menyelamatkan acara daripada hilang rating disebabkan penonton beralih ke siaran lain adalah persembahan artis.

AME2018 membawa semula kumpulan Ruffedge, Mas Idayu, Ramli Sarip, Dayang Nurfaizah serta barisan penghibur millenial antaranya Khai Bahar, Hael Husaini, Ismail Izzani, Haqim Rusli juga penyanyi seberang Virgoun dan Upiak.

ame2018
Dayang & Hael memperdendangkan ‘Haram’ buat pertama kali di AME2018

Lihat senarai pemenang (melalui undian penuh peminat) dan video turutan persembahan terbaik AME2018 pilihan STAIL.MY.

Artis Baharu MeleTOP – Farah Nabilah
Si Cilik MeleTOP – Arif Jiwa Asyraf
Couple MeleTOP – Jep & Sari Yanti
Program Radio MeleTOP – Johara Pagi Era
Penyampai Radio MeleTOP – Johan (Johara Pagi Era)
Program MeleTOp – Sepahtu Reunion 2017
Hos MeleTOP – Nabil Ahmad
Artis Lawak MeleTOP – Zizan Razak
Drama MeleTOP – Red Velvet (Astro)
Pelakon MeleTOP – Neelofa
Grup/ Duo MeleTOP – Siti Nurhaliza & Faizal Tahir – Dirgahayu
Penyanyi MeleTOP – Khai Bahar
Lagu MeleTOP – Bayang – Khai Bahar
Filem MeleTOP – J Revolusi
Fesyen MeleTOP – Neelofa
Anugerah Khas MeleTOP – Dato Jarjit Singh Hullon
Bintang Filem MeleTOP – Nur Fazura
TopTop Meletop Lelaki – Khai Bahar
TopTop Meletop Wanita – Neelofa

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE