SEARCH

‘The Lost & Rare Song’: Yang Tidak Pernah Diterbitkan Sepanjang Karier Amy Winehouse

‘The Lost & Rare Song’: Yang Tidak Pernah Diterbitkan Sepanjang Karier Amy Winehouse

Demo yang langka dan tidak pernah didengarkan kepada sesiapa pun, dirakam oleh legenda jazz moden, Amy Winehouse ketika dia baru sahaja berusia 17 tahun. Lagu ini diberi tajuk “My Own Way”, ditulis oleh pemuzik, Gil Cang dan rakan penerbit, James McMilan di London.

Chang memberitahu dalam satu temuramah bersama akhbar Bristish, Camden New Journal yang lagu ini sekadar demo dan dirakamkan pada 2001 lalu.

“Kami menulis banyak lagu yang berunsurkan pop, banyak melakukan promosi-promosi untuk artis baru, yang datang kepada kami, bakat-bakat yang pelbagai,” jelas Chang.

Di ambang muzik dunia yang dikuasai genre pop, terlalu banyak kugiran-kugiran pop komersial yang teruk. Tak kisah sama ada boy bands mahupun girl bands, kami mahu lakukan dan bawa sesuatu yang baru dan segar untuk mereka.

Amy Winehouse datang ke studio kami dan kami terkesima mendengar bakat yang dia ada,” – Gil Chang

Akhirnya Amy Winehouse diterima oleh Island Records. Semua hasil muzik dan demo-demo yang pernah dirakam Amy, dihapuskan serta merta oleh rumah rakaman muzik terbarunya ini bagi mengelak konflik masa hadapan dan bagi menerbit album solo pertamanya, “Frank” (2003).

Amat jarang sekali untuk kita mendengar muzik-muzik segar di awal permulaan karier artis-artis Hollywood. Sebelum ia dimusnahkan oleh syarikat-syarikat rakaman gergasi yang merantai bakat artis-artis ini demi ‘privasi’ (baca: keuntungan).

Seperti kes Amy Winehouse ini, Chang bertungkus lumus mencari semula ‘permata muzik’ yang hilang ini kerana dia hanya mahu pendengar, khususnya peminat Amy Winehouse merasai sendiri bakat dan muzik sebenar penyanyi yang mati muda ini sebelum dinoda nilai-nilai komersial.

Dan seperti tajuknya, My Own Way selamat dengan caranya tersendiri daripada dihapus zaman.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE