SEARCH

Andi Bernadee Makin Galak Dengan ‘Donde’

Andi Bernadee Makin Galak Dengan ‘Donde’

Our #stailmyfreshface2017 Andi Bernadee yang semakin mendapat tempat di hati peminat muzik tempatan kini tampil dengan single keempatnya yang berjudul Donde. Taruhan terbarunya ini bakal mengukuhkan lagi tempat penyanyi ini sebagai penyanyi lelaki generasi baharu di arena muzik urban arus perdana Malaysia.

Andi Bernadee atau lebih mesra disapa Andi memulakan kerjaya seninya pada 2017 dengan balada ‘Tiada Lagi Maaf’. Percubaan Andi dalam membawakan irama muzik urban tercetus apabila Andi diberikan kepercayaan oleh penyanyi rap terkenal Indonesia, Roy Ricardo untuk merakam semula lagu hits rapper tersebut, ‘Semalem Sahur Dimana’ pada bulan Ramadhan tahun lalu.

Mula cenderung dalam membawakan muzik urban, Andi kemudian muncul pula dengan single ketiganya ‘Satu Peluang’ yang turut membawa konsep muzik urban. Satu Peluangmendapat sambutan luar biasa peminat muzik tempatan apabila muzik video rasminya yang dimuatnaik di saluran Youtube Warner Music Malaysia sudah mencapai lebih 14 juta tontonan.

Warganet memberi ‘satu peluang’ lagi apabila populariti mendadak yang diterimanya itu melayakkan Andi tercalon dalam kategori ‘Artis Baharu MeleTOP’ dalam Anugerah MeleTOP Era 2019 (#AME2019) yang bakal berlangsung tanggal 21 April hadapan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Andi Bernadee (@andibernadee) on


Menerusi ‘Donde’, Andi sekali lagi bekerjasama dengan rapper dan penerbit, Alif yang juga bertindak sebagai komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman lagu ini. Lagu ini turut menyuntik elemen muzik latin dalam susunan muziknya.

Penggunaan muzik latin ini seiring dengan penggunaan istilah donde yang membawa maksud ‘di mana?’ dalam bahasa Sepanyol, sekaligus bertepatan dengan tema pencarian dalam lagu ini.

Andi yang sebelum ini masih tercari-cari hala tuju muziknya kini tampak semakin selesa membawakan konsep muzik urban dalam “Donde”. Andi mengharapkan agar ‘Donde’ dapat menaikkan profilnya sebagai penyanyi muzik urban dan sekali lagi diterima baik oleh peminat muzik tempatan.

Donde boleh didengarkan di semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music. Ikuti Instagram @AndiBernadee untuk informasi terkini dan perkembangan lanjut.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE