SEARCH

#WEEKENDPLAYLIST: Layan 15 Trak Lagu Daripada Artis Lokal Yang Unik, Yang Turut Beraksi Di Good Vibes Festival 2017

#WEEKENDPLAYLIST: Layan 15 Trak Lagu Daripada Artis Lokal Yang Unik, Yang Turut Beraksi Di Good Vibes Festival 2017

Sementara kamu sudah tahu barisan artis antarabangsa yang bakal membuat persembahan di Good Vibes Festival 2017 pada artikel sebelum ini, kali ini saya lampirkan pula barisan artis lokal yang unik, yang ikut serta memeriahkan suasana.

Tak lengkap festival perasaan bahagia ini tanpa kehadiran pemuzik negara kita sendiri. Apa lah maknanya festival ini jika artis tempatan sendiri dipinggirkan bukan? Saya melihat ini sebagai perkembangan baik untuk industri muzik Malaysia.

Lagi-lagi pemuzik “bawah tanah” seperti mereka, yang kurang mendapat tempat dan bukan selalu keluar di corong-corong radio arus perdana. Sekurang-kurangnya kewujudan festival seperti ini membuka mata dan telinga pendengar Malaysia akan bakat muzik yang ada pada pemuzik tempatan kita. Sememangnya membanggakan bila mendengar muzik mereka sebenarnya setanding antarabangsa.

Tanpa mengira radio siaran bahasa Melayu, mahupun bahasa Inggeris. Kalaulah majoriti pendengar kita celik bunyi dan radio kita tidak mengulang-ngulang lagu “Despacito” tak berhenti sudah (yang semakin hari semakin merimaskan). Tidak lah saya bingit mendengar mereka berceloteh sendiri, merapu dan ketawa dengan lawak mereka yang tak seberapa lawak itu, tiap kali saya dalam perjalanan pergi atau pulang dari pejabat…Oh how I wish…

Baiklah, mereka ini berdiri sama tinggi dan melontar vokal serta bermain instrumen muzik di pentas-pentas yang sama dengan artis antarabangsa seperti Dua Lipa, Gnash dan Kodaline – nah layankan 15 trak lagu daripada barisan artis lokal unik kita yang turut beraksi di Good Vibes Festival 2017, seperti di bawah:

1 – Seri Mersing – Najwa Mahiaddin

2 – You – AlexTBH

3 – KEK – Arabyrd

4 – FWB – NYK

5 – Bagel – Airliftz

6 – Symmetry – Jaggfuzzbeats

7 – Champagne Mazhaituligal – Dan Shiv

8 – Okay – Talita Than 

9 – Somewhere New – Golffish & Blink ft. Elizabeth Tan

10 – Banana – Jin Hackman

11 – Pop Em Bottles – A.U.B

12 – Open the head – ASH

13 – Ryot Jones @ Rock The House LIVE

14 – Tayang Sulit – Killeur Calculateur

15 – CUVEE – HULKAS

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE