SEARCH

Astro Menyambut Ramadan’19 Dengan ‘Sempurna Seadanya’

Astro Menyambut Ramadan’19 Dengan ‘Sempurna Seadanya’

Kedatangan Ramadan 1440 Hijrah dinantikan oleh seluruh umat Islam di serata dunia. Di Astro, kehadiran bulan mulia ini disemarak dengan Sempurna Seadanya melalui pelbagai pengisian menarik dan penuh bermanfaat menerusi seleksi program hebat di setiap platform naungannya seperti; televisyen, radio, ruangan digital mahupun menerusi penganjuran aktiviti lapangan (on ground).

Selama lebih dua dekad Astro sentiasa dekat dengan hati rakyat Malaysia, terutamanya di musim-musim perayaan. Tidak ketinggalan, program-program menarik turut disusun kemas sebagai sajian istimewa di bulan Ramadan ini. Kesinambungan tersebut diteruskan lagi dengan Sempurna Seadanya’, tema yang dipilih untuk melatari kempen Ramadan dan Raya Astro pada 2019 ini.

Berlandaskan lima teras utama – ‘Keredhaan’, ‘Kasih Sayang’, ‘Kebahagiaan’, ‘Kesyukuran’ dan ‘Jalinan Persaudaraan’, tema ‘Sempurna Seadanya’ dilihat mampu menterjemahkan mesej positif merentasi setiap lapisan masyarakat tanpa mengira umur, etnik dan agama. Kelebihan dan kekurangan masing-masing wajar diraikan bersama, malahan ia dianggap sebagai faktor pelengkap untuk menjadi insan yang lebih baik.

Astro sentiasa menghargai pelanggan, justeru pemilihan tema ini bertujuan untuk meraikan mereka yang selama ini setia menyokong perkembangan syarikat penyiaran berbayar terbesar di Malaysia ini. Bersempena dengan kehadiran bulan yang penuh barakah ini juga, Astro menawarkan diskaun dan promosi hebat di platform e-dagang, Go Shop, menerbitkan muzik video dan album istimewa nyanyian barisan selebriti naungan syarikat pengurusan bakat Astro, Rocketfuel Entertainment dan menganjurkan aneka aktiviti lapangan bersama komuniti setempat.

Pengurus Saluran Astro Ria, Astro Citra & Tayangan Hebat, Emarina Kamal berkata, “Astro sentiasa berusaha dalam menyediakan program-program terbaik dan segar sepanjang tahun bagi menepati citarasa setiap individu. Ramadan tahun ini tidak terkecuali, yang mana kami menyusun seleksi program yang sarat dengan mesej-mesej positif yang boleh dijadikan refleksi diri agar kita menjadi insan yang lebih unggul.

Sebanyak 75 program menarik menanti penonton Ramadan ini. Untuk tahun ini, kami menawarkan banyak program-program baharu dengan jumlah keseluruhan durasi tayangan selama 267 jam, yang mana 54% lebih tinggi dari tahun lalu. Merangkumi program-program keagamaan, telefilem, dokumentari, drama bersiri, sketsa, animasi, komedi dan rancangan khas seperti variasi, travelog serta bual bicara. Mesej tema pilihan tahun ini, ‘Sempurna Seadanya’ disuntik ke dalam setiap kandungan agar dapat dijadikan santapan rohani penonton,” ucapnya.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen Ramadan dan Raya #SempurnaSeadanya oleh Astro, layari www.astroraya.com.my mulai 30 April hingga 4 Jun 2019 ini.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE