SEARCH

Aziz Harun Tampil Dengan Medley Hari Raya Yang Cukup Kool

Aziz Harun Tampil Dengan Medley Hari Raya Yang Cukup Kool

Aziz Harun - Aidilfitri Medley

Seperti biasa setiap kali Syawal menjelma, pasti yang menjadi antara yang dinanti adalah lagu-lagu raya yang saban tahun menjadi peneman memeriahkan sambutan setiap insan. Dan setiap tahun juga pasti akan ada lagu baru atau rendisi terbaru yang dibikin dengan corak muzik yang terkini serta moden.

Baru-baru ini pemuzik muda Aziz Harun yang kami nobatkan sebagai penyanyi baru yang cukup promising, merakamkan dua lagu raya yang cukup popular Satu Hari Di Hari Raya nyanyian asal M.Nasir dan Selamat Hari Raya (Saloma) dalam rendisi akustik yang cukup cool.

Bakat yang berasal dari Brunei Darussalam ini mendapat perhatian dengan single perdananya Senyum sebelum cukup hit dengan trak yang berjudul Beautiful. Versi akustik lagu raya ini dirakam sepenuhnya oleh Aziz hanya dengan petikan gitar yang mengasyikkan. Buat yang belum dengarkan trak ini, jom sama-sama kita enjoy dengan rendiri istimewa Aziz Harun.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE