SEARCH

20 Foto Badan Sado Zul Ariffin Yang Boleh Buat Ovari Kamu Meletup!

20 Foto Badan Sado Zul Ariffin Yang Boleh Buat Ovari Kamu Meletup!

Siapalah yang tidak mengenali sosok berbadan sasa yang satu ini. Dia kini berada di puncak kerjaya lakonannya, tahun ini sahaja sudah dua filem pecah panggung yang diterajui pelakon, Zulkifli bin Ariffin (33) atau lebih dikenali dengan nama pentas Zul Ariffin ini. Selain bakat lakonan dan wajah yang tampan, badan sado Zul Ariffin pun ikut jadi sebutan.

Ramai yang tidak mengetahui Zul Ariffin sudah pun berlakon dalam 38 drama, 24 telefilem dan 15 filem termasuk filem terbarunya akan datang, ‘J Retribusi’ yang sedang dalam penggambaran tahun ini. Dia baru sahaja selesai berlakon untuk filem ‘SANGKAR’ dan ‘Misteri Dilaila’ untuk 2019.

Setakat artikel ini dituliskan, sekurang-kurangnya sudah lima filem pecah panggung disapunya termasuklah ‘J Revolusi’ dan ‘Tombiruo: Penunggu Rimba’ (2017) dan ‘Hantu Kak Limah 3’ (2018) serta dua filem 2019 yang dinyatakan di atas. Senang cerita, apa sahaja filem yang diterajui Zul Ariffin, pasti bakal menarik minat orang ramai untuk menontonnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin) on

Badan sado Zul Ariffin pun ‘menarik’ perhatian ramai

Tidak lupa juga, daya penarik Zul Ariffin iaitu ‘aset’ semulajadinya itu. Justeru, saya titipkan 20 gambar evolusi Zul Ariffin dari awal karier lakonannya (filem dan drama terpilih) hinggalah penampilan filem yang terbaru, seperti berikut:

 

Badan Sado Zul Ariffin by STAIL.MY 2

GERAK KHAS (2009 & 2019)

Zul Ariffin mula dikenali sejak membintangi ‘Gerak Khas’ edisi 2009-2011. Dia memegang watak sebagai Inspektor Ashraf, di samping Abby Abadi sebagai DSP Aleeza. Semasa ini, Zul bercinta dengan Abby pasca perceraiannya bersama bekas suami, Norman Hakim. Khabarnya, Zul Ariffin kembali berlakon untuk ‘Gerak Khas’ edisi 2019 bersama Erra Fazira sebagai ASP Jeslina.

 

Badan Sado Zul Ariffin by STAIL.MY 3

EVOLUSI KL DRIFT 2 (2010)

Zul melangkah ke layar lebar dengan membintangi filem sulung lakonannya, ‘Evolusi KL Drift 2’. Walau bagaimanapun, dia hanya memegang watak sampingan di dalam filem ini sebagai Inspektor Zam. Mungkin kerana Zul lebih dikenali sebagai pegawai polis di dalam ‘Gerak Khas’ arahan Yusof Haslam. Kebetulan filem ini pula mendapat arahan anaknya Syamsul Yusof yang juga berperanan sebagai watak utama.

 

Badan Sado Zul Ariffin by STAIL.MY 4

RINDU AWAK 200% (2014)

‘Rindu Awak 200%’ adalah drama yang memuncakkan nama Zul Ariffin. Drama ini dibintangi Zul Ariffin bersama Ayda Jebat sebagai teraju utama. Zul memegang watak sebagai Zill Faezrul Iqba, sementara Ayda sebagai Armel Aisya. Drama ini berkisahkan tentang pasangan yang terpaksa berkahwin kerana perancangan keluarga yang akhirnya jatuh cinta.

Zul Ariffin berjaya merangkul beberapa anugerah untuk drama ini, antaranya; ‘Pelakon TV Meletop’, ‘Pelakon Drama Lelaki Pilihan’, ‘Hero Pilihan’ dan ‘Gandingan Serasi di Layar Perak’ bersama Ayda Jebat.

 

Badan Sado Zul Ariffin by STAIL.MY 5

J REVOLUSI (2017)

 

TOMBIRUO (2017)

Ini adalah filem pertama Zul Ariffin berani mengambil risiko bertelanjang dada dan memegang watak separuh bogel.

Badan Sado Zul Ariffin by STAIL.MY 6


“Kalau mereka datang menonton kerana saya tidak berbaju, I’m Fine With It” – Zul Ariffin

Badan Sado Zul Ariffin by STAIL.MY 7

Zul begitu komited dengan filem ini sehingga dia berjaya menurunkan 13kg berat badan semata-mata bagi memegang watak Tombiruo. Ini kerana dia perlu menzahirkan bahasa tubuh dalam menjayakan watak, di samping harus memakai topeng selain tidak mempunyai banyak dialog.

“Bukan mudah sebenarnya hendak ‘jual’ badan. Tambahan pula saya tidak dapat menunjukkan reaksi wajah kerana memakai topeng. Ia satu cabaran besar buat saya sebagai pelakon dan ia melangkaui hanya mahu menayangkan badan semata-mata,” tuntasnya.

 

Badan Sado Zul Ariffin by STAIL.MY 8

HANTU KAK LIMAH 3 (2018)

Zul Ariffin memegang watak bomoh ‘hot’ sebagai Solihin. Ini kali pertama dia berlakon dalam filem seram komedi. Nampaknya Zul tidaklah hanya terperangkap dalam watak-watak serius dan romantis sahaja. Dia juga boleh melakonkan watak lawak. Lagi pula, dia boleh bertutur dalam longhat utara yang menjadikan pembawaan wataknya itu sangat sempoi dan bersahaja kerana Zul adalah anak kelahiran Taiping, Perak.

 

Badan Sado Zul Ariffin by STAIL.MY 9

TI AMO SWEETHEART (2018)

Zul Ariffin dan Neelofa bergandingan bersama buat pertama kali untuk drama adaptasi novel berbahasa Melayu bertajuk ‘Ti Amo Sweetheart 100 Hari’, hasil nukilan novelis Suri Ryana. Adegan pelukan mereka di dalam drama ini sempat tular dan membuat warganet tak senang duduk. Penangan drama ini hingga menciptakan singkatan cinta lokasi terbaru #ZuLofa.

 

Badan Sado Zul Ariffin by STAIL.MY 10

MISTERI DILAILA (2019)

‘Misteri Dilaila’ mendapat arahan Syafiq Yusof, anak kepada Yusof Haslam dan adik kepada Syamsul Yusof dari Skop Productions. Pemilihan Zul Ariffin sebagai teraju utama adalah daripada kehendak Syafiq sendiri, “Watak utama itu sangat sesuai dilakonkan Zul dan bukan pelakon lain. Sebelum ini, Zul banyak beraksi dalam cerita cinta dan aksi, kali ini genre lain (thriller) pula,” jelasnya kepada Harian Metro.

Badan Sado Zul Ariffin by STAIL.MY 11

Buat pertama kali dalam sejarah filem Malaysia, ‘Misteri Dilaila’ memiliki dua penamat cerita yang berbeza.

 

Badan Sado Zul Ariffin by STAIL.MY 12

SANGKAR (2019)

Zul Ariffin all-out tidak berbaju dan menayangkan susuk tubuh dalam filem aksi ‘SANGKAR’. Menurut Zul, hampir separuh daripada keseluruhan jalan cerita akan menyaksikan dia beraksi separuh bogel, memandang banyak adegan perlawanan serta latih tubi dimuatkan.

Dia dan Remy Ishak bersatu untuk bertarung dalam ‘SANGKAR’. Zul bersungguh dan komited dalam menjayakan watak sebagai peninju MMA ini sehingga terpaksa menambah berat badan serta menjalani latihan MMA yang intensif.

Badan Sado Zul Ariffin by STAIL.MY 13

Badan Sado Zul Ariffin by STAIL.MY 14

Badan Sado Zul Ariffin by STAIL.MY 15

 

J RETRIBUSI (AKAN DATANG)

Badan Sado Zul Ariffin by STAIL.MY 16

‘J Retribusi’ adalah sekual filem ‘J Revolusi’. Zul Ariffin masih memegang watak Jay Zulkarnain, namun dia tidak lagi bertugas untuk Unit Tindakan Khas (UTK). Dia kini berperanan sebagai pengawal peribadi kepada seorang anak orang kaya. Berbeza dengan jalan cerita sebelumnya, watak Jay kini bebas untuk berkembang kerana tidak lagi terikat dengan UTK. Buat kali pertama, Zul Ariffin bergandingan dengan Ashraf Sinclair dalam sebuah filem.

Badan Sado Zul Ariffin by STAIL.MY 20

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE