SEARCH

#BANGKITBERSAMA Monoloque, Lan & MaliQue Menyanyikan ‘Tunjuk Belang’ – Lagu Bernuansa Malaysia Yang Begitu Sempurna

#BANGKITBERSAMA Monoloque, Lan & MaliQue Menyanyikan ‘Tunjuk Belang’ – Lagu Bernuansa Malaysia Yang Begitu Sempurna

“Jangan gentar!
Jangan sesekali menyerah kalah,
Jangan takut!
Selagi nyawa dikandung badan.
Ayuh lawan! Kita lawan
Sampai titisan darah
Yang terakhir,
Belum berakhir.”

Pertama kali mendengar, meremang bulu roma. Dengan bait lirik pembuka yang menyingkap sanubari, Tunjuk Belang dilepaskan sebagai lagu rasmi kedua untuk Sukan SEA 2017 yang bakal bermula dari tanggal 19 sehingga 30 Ogos 2017.

Ini pertama kali saya mendengar lagu yang mengadunkan irama dan muzik nuansa Malaysia dengan begitu sempurna. Belum pernah lagi saya mendengar sebuah lagu yang berjaya melakukan campursari yang sangat berisko tinggi ini.

Bukan senang mahu mengadunkan getaran sitar, erhu dan cello, menari seirama dengan bunyi-bunyian Nusantara seperti sape, gendang, caklempong, rebana dan gamelan. Apa lagi memadukannya dengan gesekan biola dan hembusan trombon.

Masing-masing punya budaya, masing-masing punya identiti. Muzik setiap budaya ini kuat dengan nuansa tersendiri. Jika tersalah langkah, bakal membuat ceramuk. Namun kata Malaysia itu menjadi satu dalam lagu ini. Muzik-muzik aneka kaum di Malaysia dimainkan sebati.

Saya kira tiga pemuzik ini – ManoloQue, Lan dan MaliQue berjaya mengadunkan muzik-muzik yang kental dengan roh budaya masing-masing ini. Seperti rakyat Malaysia yang berbilang, ia berpadu menjadi satu.

“Tunjuk Belang” seolah satu manifesto rakyat majmuk Malaysia yang bersatu padu di bawah satu panji. Panji berjalur merah putih lengkap dengan bulan bintang pecah 14 belas.

Lalu berbanggalah kita punyai insan seni seperti mereka. Kerana mereka kita dapat mendendang sambil menggemparkan lawan dengan lagu keberagaman budaya kita yang terdengar cukup masuk dan harmoni.

Memperlihatkan mereka akan semangat Malaysia dalam sebuah garapan lagu. Lagu yang bakal mengoncang ketakutan mereka dan membakar semangat #TEAMMALAYSIA. Biar mereka gentar dengan hanya mendengar lagu kita.

Ayuh #TUNJUKBELANG dan #BANGKITBERSAMA untuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

“Selagi ada belang, selagi bernadi
Ngauman dilaungkan, taringnya dilaram
Di puncak singgahsana mahkota menanti
Mereka bersemadi, kita bersemayam.” – Malique

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE