SEARCH

#eksklusif ‘Beauty & The Beast’: 7 Gambar Emma Watson Sebagai Belle

#eksklusif ‘Beauty & The Beast’: 7 Gambar Emma Watson Sebagai Belle

Seperti mana-mana filem animasi bikinan semula Disney, ‘Beauty and the Beast’ (B&TB) sememangnya yang paling ditunggu-tunggu. Animasi dikeluarkan 25 tahun lalu ini tidak banyak berubah jalan cerita, watak dan tema seperti yang dijelaskan sutradara, Bill Condon.

Namun, yang membuatkan filem animasi yang satu ini jadi lebih menarik adalah penampilan Emma Watson sebagai Belle dan siapakah gerangan pelakon lelaki yang layak memegang watak sebagai putera berupa haiwan ganas jadi-jadian, ‘The Beast’.

Tambah lagi, B&TB mencipta semula pemandangan-pemandangan ikonik filem animasi tahun 1991 ini seperti babak Belle yang cantik sekali dalam gaun tari malam berwarna emas. Pemilihan Emma sebagai Belle sangat sempurna. Menari pula bersama ‘The Beast’ lakonan Dans Steven di balairung seri gilang kerdipan, istana sang putera yang tersumpah.

Lebih jauh, teka-teki akhirnya terjawab oleh pengumuman tujuh keping gambar eksklusif ‘Beauty and the Beast’ yang dilayang Disney ke mata umum seperti dibawah:

beautythebeast2_stailmy
Pemeran utama, Emma Watson sebagai Belle.

 

beautythebeast3_stailmy
Watak protagonis, Dan Stevens sebagai ‘The Beast’.

 

beautythebeast5_stailmy
Watak antagonis, Luke Evans sebagai Gaston.

 

beautythebeast4_stailmy
Kevin Kline sebagai Maurice, bapa kandung Belle.

 

beautythebeast6_stailmy
Watak-watak sampingan seperti Ian McKellen sebagai Cogsworth; ‘sang jam klasik’, Emma Thompson sebagai Mrs. Potts; ‘puan teko teh’, Ewan McGregor sebagai Lumiere; ‘si kandil lilin’ dan Gugu Mbatha-Raw sebagai Plumette; ‘gadis kemoceng bulu’.

 

beautythebeast7_stailmy
Belle mengintai dunia luar dari gentian kaca istana.

 

beautythebeast8_stailmy
Belakang tabir, Bill Condon (sutradara) ketika di set pustaka.

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE