SEARCH

Barbie & Ken! Dan 9 Lagi Halloween Couples Yang Menarik

Barbie & Ken! Dan 9 Lagi Halloween Couples Yang Menarik

10 Kostum Halloween Couples Terbaik & 15 Kostum Halloween 2019 Pilihan STAIL.MY

Setelah Valentine’s, pesta Halloween mungkin musim terbaik untuk pasangan bercinta di Hollywood mengenakan kostum yang stailish dan sedondon. Dan nama sahaja selebriti, tentu sahaja banyak usaha dan keringat untuk menjadikan kostum mereka itu tadi yang paling seram, seksi dan ‘menonjol’.

Saya perhatikan pasangan-pasangan Hollywood tahun ini lebih memilih kostum yang santai dan lucu berbanding kostum yang gelap dan menakutkan (selain kostum yang digayakan oleh Nicki Minaj dan suami barunya, Kenneth Petty sebagai pasangan pengantin Chucky si Boneka Pembunuh).

Mana tahu kamu boleh mencedok idea dan inspirasi Halloween Couples ini untuk Halloween 2020, bukan? Nah saya senaraikan 10 kostum pasangan Halloween 2019 yang terbaik & menarik, seperti berikut:

 

Barbara Palvin & Dylan Sprouse Sebagai Princess Mononoke & Ashitaka

Pasangan ini memperlihatkan minat mereka terhadap Anime dengan memberi penghormatan kepada pengarah Hayao Miyazaki dan Studio Ghibli.

 

Miley & Cody sebagai Billy Idol & Perri Lister

Sudah tentu Cyrus dan Simpson memilih pasangan ranggi ini sebagai inspirasi kostum Halloween mereka!

 

Sofia Richie & Scott Disick Sebagai Barbie & Ken

Tahukah kamu adalah menjadi satu kesalahan jika salah satu ahli keluarga terdekat (atau pernah dekat) Kardashian-Jenner tidak bergaya sebagai Barbie? JK.

 

Halsey & Evan Peters Sebagi Sonny & Cher

Pasangan baru bercinta ini tampil sebagai pasangan Hollywood paling ikonik sepanjang zaman, Sonny & Cher.

 

Halsey & Evan Peters Sebagai Marylin Manson

Bukan hanya satu, tetapi dua penampilan sebagai pasangan! Nampaknya, Halsey dan Evan tidak ‘main-main’ dengan Halloween, ya.

 

Mariah Carey & Bryan Tanaka Sebagai 80’s Rockers

Mariah dan teman lelaki, Tanaka bergaya seperti ahli kugiran 80’s rock kapak!

 

Jessica BiEl & Justin Timberlake Sebagai NSYNC

Jessica Biel didenda manja kerana mengaku tidak pernah mendengar lagu-lagu boyband suaminya sewaktu muda, NSYNC. Paling kelakar, Justin bergaya sebagai pembesar suara… and I love it!

 

Nicki Minaj & Kenneth Petty Sebagai Chucky & Bride of Chucky

Yang paling seram, Nicki Minaj dan suami sebagai boneka pembunuh yang menggamit kenangan 90’an.

 

Ciara & Russel Wilson Sebagai Beyonce & Jay- Z

Sorry, not sorry – we’re going ‘Apeshit’ for this look!

 

Kardashian-West Sebagai The Flinstones

Keluarga ini on point dalam pemilihan kostum Halloween sebagai watak keluarga orang batu terkenal, The Flinstones. Lucunya, Kanye West memilih untuk menjadi Dino berbanding watak utama sebagai bapa, Fred Flinstone. Apa-apa sahaja lah ya Kanye yang boleh membuat kamu gembira.

 

15 Kostum Halloween Selebriti Hollywood 2019 Pilihan STAIL.MY

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE