SEARCH

Beto Kusyairi Dalam Telefilem Adaptasi Puisi, ‘SESEKALI’ Sempena Hari Bapa

Beto Kusyairi Dalam Telefilem Adaptasi Puisi, ‘SESEKALI’ Sempena Hari Bapa

Beto Kusyairi dan Azhan Rani bergandingan dalam adaptasi puisi ke teleflem bertajuk SESEKALI sempena Hari Bapa 2019.

Perwatakan seorang bapa seringkali dikaitkan dengan riak wajah tegas dan sukar menunjukkan rasa kasih sayang kepada si anak. Justeru si anak lebih dekat dan terarah manja dengan si ibu yang lahiriahnya penuh kelembutan di segala sudut.

Namun bayangkan sekiranya takdir menentukan si ibu pergi terlebih dahulu disambut Illahi. Tanggungjawab si ibu dalam membesarkan anak dengan penuh kasih sayang bertukar kepada si ayah. Hakikatnya ia bukanlah satu tanggungjawab yang mudah untuk digalas oleh seorang insan bergelar bapa tunggal.

Realiti kehidupan ini diterjemahkan pada watak Amrin yang dibawakan oleh pelakon, Beto Kusyairy. Amrin melalui suka duka dalam membesarkan anak setelah kematian isterinya. Begitu juga nilai kasih sayang dan keikhlasan hati lelaki bernama Adeng lakonan Azhan Rani terhadap anak angkatnya, Wahyudi.

Kisah mereka dihidupkan dalam telefilem arahan Hisyamudin Ahmad, Unit Drama TV RTM bertajuk SESEKALI yang bakal menemui penonton pada 14 Jun (Jumaat) ini, jam 9.30 malam di TV2. Menariknya, ‘SESEKALI’ adalah adaptasi daripada puisi dengan judul yang sama karya Siti Zaleha Hashim yang pernah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada 2006.

SINOPSIS SESEKALI Beto Kusyairi Dalam Telefilem Adaptasi Puisi, 'SESEKALI' Sempena Hari Bapa

SINOPSIS SESEKALI

SESEKALI mengisahkan tentang pengorbanan seorang bapa, Amrin yang membesarkan anak perempuan yang berumur enam tahun bernama Kemboja. Amrin memberi yang terbaik untuk setiap apa yang dilakukan untuk anaknya. Dia membesarkan Kemboja seorang diri setelah kematian isteri, Melati ketika melahirkan Kemboja. Pasangan ini bertemu jodoh lewat usia, dugaan yang berlaku pada Melati membuatkan Amrin nekad untuk memenuhi segala yang terbaik untuk Kemboja.

Namun ketika Kemboja membesar, dia menyembunyikan tentang pekerjaan sebenarnya daripada pengetahuan Kemboja kerana tidak mahu anaknya itu berasa malu. Akhirnya Kemboja mengetahui juga pekerjaan ayahnya sebagai penghibur jalanan dan bukan bekerja di pejabat sepertimana pakaian yang dipakainya sehari-hari. Dia menerangkan situasi dirinya kepada Kemboja, anaknya itu perlahan-lahan menerima penjelasan yang diberikan. Ketika ikatan dua beranak ini kembali normal, tragedi menimpa. Kemboja dilanggar lari oleh Adeng ketika hendak melarikan diri dari buruan polis.

Beto Kusyairi Dalam Telefilem Adaptasi Puisi, 'SESEKALI' Sempena Hari Bapa SINOPSIS

Pada masa sama Adeng terpaksa meneruskan perjalanan kerana ingin menyerahkan duit rompakan kepada Yeop untuk pembiayaan perubatan mata Wahyudi yang seusia dengan Kemboja. Kemboja mengalami pendarahan organ dalaman, berjuang untuk hidup namun akhirnya tewas. Amrin tidak dapat menerima kematian anaknya Kemboja. Manakala Adeng tertangkap setelah kepantasan pihak polis memburu Adeng.

Amrin bertekad untuk membalas dendam atas kematian Kemboja, namun langkahnya terhenti apabila sentuhan Wahyudi menghentikan niatnya. Mampukah sentuhan seorang anak buta mengubah hati seseorang bapa yang sedang dalam dendam dan lara? Wahyudi yang mengalami masalah mata, menganggap Amrin sebagai bapanya tanpa mengetahui Adeng, bapa angkatnya itu sudah pun ditangkap.

Beto Kusyairi Dalam Telefilem Adaptasi Puisi, 'SESEKALI' Sempena Hari Bapa Azhan Rani

Apakah Wahyudi bakal menerima nasib yang sama seperti Kemboja? Apa tindakan Amrin seterusnya? Bagaimanakah konflik antara dua bapa yang berlainan situasi ini berakhir? Ikuti kesudahan SESEKALI di slot Citra, TV2.

Beto Kusyairi Dalam Telefilem Adaptasi Puisi, 'SESEKALI' Sempena Hari Bapa Noorkhiriah

Selain Beto dan Azhan Rani, ‘SESEKALI’ turut dibintangi oleh Noorkhiriah, Hariry Jalil, Puteri Rafasya dan Shazman Isaac. Bagi yang tidak sempat untuk menonton di kaca televisyen, kamu masih berpeluang menonton menerusi portal atas talian, MyKlik RTM. Rancangan ini juga dapat ditonton melalui RTM Mobile. Muat turun aplikasi di GooglePlay dan AppStore.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE