SEARCH

BEYONCE (LEMONADE) KESEMPURNAAN MUZIK LEVEL INFINITI

BEYONCE (LEMONADE) KESEMPURNAAN MUZIK LEVEL INFINITI

beyonce-lemonade-stailmyAlbum: Lemonade (2016)
Produser: Beyonce Knowles / Kevin Garret / Diplo / Jack White / James Blake / Ezra Koenig / Wynter Gordon.
Verdik: 5/5

Selepas muncul dengan surprise album Beyonce (2013) saya kira itulah titik sempurna seorang Beyonce sebagai pemuzik yang matang. Dia tidak menoleh ke belakang untuk mencipta muzik-muzik yang dia sudah lakukan sebelumnya. Malah dia ke depan mencabar kredibilitinya sebagai pemuzik dan sekali gus mencabar produser-produser yang terlibat dalam pembikinan albumnya untuk ke depan sepertinya.

Beberapa minggu kebelakangan ini LEMONADE mencuri tumpuan penggemar muzik Pop dunia dengan sebuah lagi kejutan. Seperti biasa kejutan ini hadir dengan sebuah persembahan yang melebihi daripada apa yang dilakukan sebelum ini.

Lemonade dibuka dengan lembut trak tulisan James Blake, Pray You Catch Me dan raggae Hold Up yang catchy sekali. Pendengaran saya dibuai dengan muzik yang cukup relaks dan karakter vokal Beyonce yang begitu baik sekali.

Namun segala kesempurnaan dua lagu terawal itu diuji dengan segala jenis kehebatan pengalaman muzik dalam trak Don’t Hurt Yourself bersama Jack Black. Yasss! Inilah trak yang sepatutya dirakam Beyonce. Rakaman muzik trak ini dengan susunan muziknya cukup sempurna sekali terutama pabila dram di tengah trak ini mengambil alih pendengaran saya. Inilah trak-trak bersifat lima bintang bagi saya.

Sorry hanya mengingatkan saya pada trak album sebelum ini dan 6 Inch lebih luar biasa. Seawal intronya sahaja saya dah meremang dan deep vokal Beyonce lain macam juga sebelum The Weeknd muncul. Trak begini cukup kuat DNA The Weeknd sebenarnya tetapi  Beyonce tidak sesekali mahu segala jenis DNA itu menutup kehebatannya.

Daddy Lesson antara trak terbaik album ini, persis semangat D’Angelo dalam album The Black Messiah dan di tengahnya feel Country yang maha hebat menyusul. Saya kira kalau anda dekat dengan trak-trak Carrie Underwood anda akan faham maksud saya. Ini satu kejutan yang saya tidak jangkakan dalam album ini. Yes, Beyonce did rock the Country music!

beyonce-lemonade-inlay-stailmy

Sandcastles meneruskan segala kesempurnaan yang ada. Trak ini bermula lembut dengan piano sebelum disambut power vocal Beyonce. Emosinya luar biasa sekali, luar biasa sekali. Tenaga yang diberi Beyonce seperti saya mendengar Jennifer Holiday dalam I Am Telling you. Terutama di bait “Bitch, I scratched out your name and your face, What is it about you that I can’t erase, baby?”

Segala magis perasaan dan emosi yang cukup deep ini diteruskan dengan trak Forward yang dibuka dengan vokal esentrik James Blake. Pada saat ini saya sudah tidak tahu bagaimana segala jenis kesempurnaan yang ada dalam album ini terhasil. Terlalu cantik sekali transisi muzik yang disusun.

Freedom (Bersama Kendrick Lamar) juga cukup bagus pencitaan lagunya. Trak begini juga kuat DNA Lamar tetapi disampaikan Beyonce dengan cukup rencah menjadikan lagu ini miliknya. Album ini ditutup dengan trak Formation yang menjadi single perdana album ini.

Saya mencari juga jika ada kekurangan akan album ini tetapi tiada. Beyonce pemuzik hebat – sehebat MJ atau tidak keterlaluan jika saya katakan dialah pengganti MJ. Dia mampu lakukan apa sahaja tentang kariernya dengan sempurna sekali. Dan saya letakkan album ini sebagai sebuah album paling beremosi sekali pernah dihasilkan bintang Pop ini.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE