SEARCH

7 Fakta Seksi Harry Shum Jr, Hero Baru Crazy Rich Asians 2

7 Fakta Seksi Harry Shum Jr, Hero Baru Crazy Rich Asians 2

Harry Shum Jr mula dikenali sejak berlakon drama muzikal, ‘Glee’ dan sekarang dia makin menyerlah sejak memegang watak Charlie Wu di Crazy Rich Asians. Jika kamu kebetulan sedang stalking atau hanya mahu mengetahui latar belakang pelakon Hollywood berketurunan Asia ini, kamu datang ke halaman yang betul.

Pelakon berusia 36 ini tidak hanya menawan, dia juga pelakon yang memiliki banyak bakat dan boleh dikatakan seorang pelakon yang versatil. Tahukah kamu dia boleh bercakap dalam tiga bahasa? Atau dia pernah menari bersama Queen Bey?

Baca 7 fakta menarik tentang Harry Shum Jr sebagai pelakon lelaki yang versatil, seperti di bawah:

 

Harry Shum Jr by STAIL.MY 1

1 – Dia lahir di Costa Rica

Tidak disangka, Harry sebenarnya dilahirkan di Costa Rica dan bukan di Amerika. Membesar dalam keluarga besar Cina, mereka akhirnya berpindah California semasa Harry berusia enam tahun.

 

Harry Shum Jr by STAIL.MY 2

2 – Sudah Berkahwin

Ladies, saya ada berita yang kurang menyenangkan untuk diberitahu. Harry sudah pun berkahwin dengan pelakon dan penari, Shelby Rabara. Mereka mula mengenali antara satu sama lain sejak 2007 dan bertunang pada 2013 di Hawaii. Harry dan Shelby berkahwin pada November 2015 di Costa Rica.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @HarryShumJr (@harryshumjr) on

3 – Pandai Menari, Berlakon & Menyanyi

Selain berlakon, ramai orang mengenali Harry kerana licah menari dalam ‘Glee’ dan ‘Step Up’. Everyone knows that he has some serious moves! Harry juga boleh menyanyi. Apa lagi yang kamu mahu yang jejaka ini tidak boleh lakukan?

 

Harry Shum Jr by STAIL.MY 3

4 – Bertutur 3 Bahasa

Lahir di Costa Rica, membuatkan dia fasih bertutur dalam Spanish. Harry mempelajari bahasa Inggeris setelah berpindah ke US dan turut mampu bertutur dalam Kantonis.

 

Harry Shum Jr by STAIL.MY 4

5 – Pernah Beraksi Bersampingan Nama Besar Hollywood

Perlu diketahui, forte utama Harry adalah menari. Dia pernah menari secara profesional untuk artis-artis ternama Hollywood seperti Mariah Carey, Jennifer Lopez dan Beyonce! Harry juga salah satu penari untuk “Formation” (2014).

 

Harry Shum Jr by STAIL.MY 5

6 – Pemenang SAG Awards

Pada 2010, Harry dan pelakon ‘Glee’ yang lain memenangi Screen Actors Guild Awards (SAG) di kategori “Outstanding Performance by an Esemble in a Comedy Series”. Tahun ini, Harry akan menjadi duta SAG.

 

Harry Shum Jr by STAIL.MY 6

7 – Bakal Bergelar Bapa

Tahun lalu pada November 2018, Harry dan isteri, Shelby mengumumkan kandungan pertama mereka. Beberapa bulan kemudian, Harry membocor rahsia kepada wartawan E! yang mereka bakal menimang cahaya mata perempuan semasa ditemuramah di karpet merah People’s Choice Awards.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE