SEARCH

Kenali 12 Penyanyi #BBNU Yang Berentap di BIG STAGE 2019!

Kenali 12 Penyanyi #BBNU Yang Berentap di BIG STAGE 2019!

BIG STAGE 2019 ialah sebuah pertandingan nyanyian berkonsep realiti, menampilkan bakat-bakat muda generasi alaf baru yang kini popular dengan jolokan Budak Baru Nak Up atau ‘BBNU’ dari kalangan penyanyi milenial masa kini.

Masih mengekalkan konsep asal, BIG STAGE 2019 membuka penyertaan kepada barisan bintang dari dalam dan luar negara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand, termasuk Korea Selatan.

Musim kedua ini juga bakal menyaksikan persaingan sengit antara 12 bintang ‘BBNU’ yang terdiri daripada enam bintang lelaki dan enam bintang wanita di pentas utama selama lapan minggu berturut-turut.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Judika & Cakra Khan sebagai juri tetap BIG STAGE 2019

Terdahulu, penyanyi wanita, Sarah Suhairi telah dinobatkan sebagai juara BIG STAGE musim pertama sekaligus mengetepikan empat lagi finalis akhir iaitu Shafiq Farhain (naib juara), Afieq Shazwan (tempat ketiga), Wani Kayrie (tempat keempat) dan Baby Shima (tempat kelima).

10 TRIVIA BIG STAGE 2019

1 – Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin masih kekal sebagai juri tetap BIG STAGE 2019.

2 – Dua figura muzik dari Indonesia iaitu Judika dan Cakra Khan turut diberi mandat untuk menggalas tanggungjawab yang sama. Kedua-dua mereka akan menduduki kerusi juri tetap secara bergilir-gilir pada setiap minggu.

3 – Sementara itu, juri jemputan profesional juga turut diundang khas pada setiap minggu untuk menyertai dua juri tetap tersebut bagi mengadili persembahan peserta.

4 – Guru vokal profesional yang tidak asing lagi dalam kalangan penggiat seni muzik tanah air, Syafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi dilantik sebagai Cikgu Teknikal Vokal BIG STAGE 2019 bagi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar.

5 – BIG STAGE 2019 juga bakal mendapat sentuhan barisan pemuzik berpengalaman tanah air yang diketuai oleh Sharhan Syazwan atau lebih popular dengan panggilan Ca’an selaku pengarah muzik untuk mengiringi persembahan secara langsung (live).

6 – Berdasarkan maklum balas positif yang diterima, BIG STAGE 2019 memilih untuk mengekalkan selebriti dan pengacara popular, Alif Satar dan Sherry Alhadad mengendalikan pentas utama selaku pengacara untuk musim ini.

7 – Hani Fadzil sebagai pengacara untuk ‘Studio Big Stage’ dan ‘Kompilasi Studio Big Stage’. Manakala Radin Amir dan Sissy Iman digandingkan bersama sebagai pengacara ‘Big Stage Live Plus’ yang akan bersiaran serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

8 – Juara BIG STAGE 2019 bakal memenangi wang tunai bernilai RM100,000 (SERATUS RIBU RINGGIT) berserta trofi. Naib juara pula menerima RM50,000 (LIMA PULUH RIBU RINGGIT) dan RM25,000 (DUA PULUH LIMA RIBU RINGGIT) untuk pemenang tempat ketiga dan trofi sumbangan ASTRO.

9 – Untuk pemenang tempat keempat dan kelima juga tidak akan pulang dengan tangan kosong, di mana masing-masing bakal membawa pulang RM10,00 (SEPULUH RIBU RINGGIT) dan RM5000 (LIMA RIBU RINGGIT) berserta trofi.

10 – BIG STAGE 2019 disokong oleh ViVo, jenama telefon pintar terkenal yang hadir selaku penaja utama dengan kerjasama Farm Fresh selaku penaja bersama.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE